Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Bank Islam Sumbang RM1.2...

KOTA BAHARU - Bank Islam Malaysia Berhad menghulurkan sumbangan berjumlah RM1.2 juta kepada...

Pukul Rela: Kedah Nafi...

ALOR SETAR - Kedah tidak pernah menganugerahkan gelaran ‘Datuk Seri’ kepada individu yang...

‘Semua Itu Tak Betul!’...

DESAS-DESUS yang menyatakan pelakon dan produser, Datuk Hans Issac telah memeluk agama Islam...

Netizen Terharu, Umur 4...

SEJUK mata yang memandang, sejuk lagi perut ibu yang mengandungkan anak kecil yang...

Kesederhanaan Kekal Keharmonian Dan Perpaduan Kaum

MELAKA – Sikap kesederhanaan dalam semua aspek kehidupan merupakan faktor terpenting dalam mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum di negara ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Beliau yang juga Timbalan Presiden MIC berkata ini kerana kesederhanaan dapat membendung sikap ekstremis dan keganasan yang merupakan ancaman utama keharmonian dan perpaduan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Justeru, katanya semua pemimpin di negara ini sama ada parti politik atau pemimpin masyarakat, harus menunjukkan sikap kesederhanaan dan mengambil kira keperluan semua kumpulan masyarakat bagi mengekalkan keharmonian negara.

“Ini kerana, jika ia (ekstremis) berlaku ia akan menjadi satu ancaman besar kepada keamanan dan keselamatan negara, jadi kita perlu jaga ia supaya tidak menjadi lebih teruk lagi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Pesta Deepavali di Jalan Nyiru, di sini malam tadi.

Subramaniam berkata rakyat di negara ini juga perlu mempunyai semangat hormat-menghormati dan tolak ansur yang tinggi untuk menjayakan pembangunan negara dan mewujudkan kestabilan politik serta ekonomi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori