KUALA LUMPUR – Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Suhaizan Kayat tidak percaya individu dalam satu video aksi seks yang tersebar dalam media sosial hari ini adalah penceramah popular, Ustaz Azhar Idrus.
Suhaizan sebaliknya yakin video lucah yang cuba berdurasi beberapa minit itu satu fitnah yang sengaja diadakan untuk menjadikan Azhar sebagai mangsa.
“Fitnah berleluasa. Mangsa terkini Ustaz Azhar Idrus pula. Moga beliau tabah,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.
Hari ini, satu rentetan gambar dipetik dari video menunjukkan seorang lelaki mirip Ustaz Azhar Idrus sedang bercumbu dalam keadaan yang cukup memalukan.
(Ustaz Azhar Idrus Terlibat Dalam Skandal Video Seks? – KLIK)
Suhaizan dalam pada itu berasa kesal kerana ada pihak menggelar beliau sebagai Suhaizan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana menyokong kempen Angkatan Muda Keadilan Rakyat (AMK) dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut beliau, itu satu tuduhan kelompok yang tidak pernah penat mengadu domba tentang dirinya.
Tegasnya, DPMM akan terus menyokong usaha AMK dalam kempen mereka selagi ia berada diatas landasan yang dipersetujui dan DPPM tidak menghalang ahlinya menyertai kempen AMK pada 28 Oktober ini.
“Namun saya sendiri tidak dapat bersama kerana telah lama membeli tiket ke Terengganu pada pagi itu,” dakwanya.