NILAI – Sebuah kilang memproses barangan plastik di kawasan Perindustrian Kecil dan Sederhana Nilai, Taman Semarak musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Mohd Zain Mustaffa berkata pihaknya yang menerima laporan pada pukul 2.39 pagi sempat mengawal kebakaran daripada merebak ke kilang lain.
Beliau berkata punca kebakaran masih disiasat dengan jumlah kerugian dianggarkan kira-kira RM200,000. – BERNAMA