Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Kematian Akibat Denggi Terus...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 153 kes kematian akibat demam denggi dicatat sehingga pertengahan...

24.62 Juta Penutup Mulut...

PUTRAJAYA - Sebanyak 24.62 juta penutup mulut dan hidung kini dalam proses pengedaran...

Netizen Mahu Tuntut Tol...

SIAPA yang tidak marah dan siapa yang tidak geram apabila janji yang beriya-iya...

Boleh Bayar Tol Guna...

PUTRAJAYA : Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) menjadi yang pertama melaksanakan Sistem Pembayaran Tol...

Kira-Kira 900 Lagi Pakar Psikiatris Diperlukan Di M’sia

PUTRAJAYA – Kira-kira 900 lagi pakar psikiatris diperlukan di Malaysia bagi menyeimbangkan nisbah standard antarabangsa antara pakar dengan pesakit iaitu 1:50,000.

Menyatakan demikian, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata jumlah pakar psikiatris yang ada sekarang adalah 300 pada nisbah 1:150,000 pesakit.

“Sasaran baru itu harus diperolehi secepat mungkin.

“Antara cara untuk mendapatkan tambahan pakar psikiatris adalah melalui graduan Institut Pengajian Tinggi serta program-program lain supaya lebih ramai berminat dalam bidang ini (psikiatris),” katanya dalam sidang media selepas merasmikan ‘Asean Mental Health Campaign 2014’ di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, mengikut kajian kementeriannya sejak tahun 2011 terdapat kira-kira 340,000 atau 1.8 peratus rakyat Malaysia dewasa mengalami kesihatan mental yang tidak mendapatkan rawatan.

Jumlah mereka yang mendapatkan rawatan amat sedikit dan perkara tersebut amat membimbangkan, katanya.


Dr Subramaniam berkata namun apa yang lebih membimbangkan ialah peningkatan masalah itu di kalangan kanak-kanak berumur antara 5 hingga 15 tahun iaitu 13 peratus pada tahun 1996, 19.3 peratus (2006) dan 20 peratus (2011).

“Boleh dikatakan satu dari setiap lima kanak-kanak mempunyai masalah mental dan perkara ini perlu diberi perhatian serius memandangkan tempoh tersebut adalah fasa mereka mendapat pengetahuan, nilai kehidupan dan personaliti,” katanya.

Justeru itu, katanya, kementeriannya menyarankan supaya kesihatan mental diserap dalam satu daripada spesifikasi kesihatan keseluruhan.

Beliau berkata, pakar psikiatris yang ramai boleh ditempatkan di klinik-klinik desa atau biasa supaya mereka yang mengalami kesihatan mental boleh datang meminta nasihat atau ubatan yang sesuai.

“Kalau 30 atau 40 tahun dahulu, orang yang mengalami masalah mental akan diasingkan dari masyarakat, tetapi sekarang kita hendak mereka bercampur dengan masyarakat sekaligus mandapatkan rawatan di klinik-klinik,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori