Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kes Positif Covid-19 Menurun...

PUTRAJAYA : Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 semalam apabila merekodkan sebanyak 30,246...

Bapa Viralkan Kes Anak...

SEMOGA dapat dengan selamat. Itulah harapan seorang bapa selepas mengetahui anak perempuan kesayangannya...

Simbah Murid Dengan Air...

KEJAM…malang menimpa seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun apabila dia disimbah dengan air...

Wanita Parah Ditikam Kekasih...

KUALA LUMPUR: Seorang wanita cedera parah ditikam teman lelakinya yang berang selepas mangsa...

Disebalik Kisah Golongan Gelandangan Di Florida

Golongan gelandangan sering mendapat pandangan negatif daripada masyarakat umum.

Kewujudan mereka dianggap sebagai satu ‘pencemaran’ buat warga kota sehinggakan gerakan pertubuhan yang ingin membantu nasib golongan tersebut turut dipandang serong.

Namun begitu, video pendek berdurasi 1.24 minit daripada Rethink Homelessness pasti akan membuatkan anda menukar persepsi terhadap mereka selama ini.

Rethink Homelessness merupakan pertubuhan amal yang ditubuhkan oleh sekelompok masyarakat di Central Florida khusus untuk memberikan mesej kepada masyarakat bahawa golongan gelandangan ini merupakan manusia juga seperti kita.


Ia juga membuatkan anda sedar bahawa setiap kisah pasti mempunyai sisi cerita yang lain.

Apa yang boleh kami katakan kebanyakkan gelandangan ini bukanlah berpunca daripada kesempitan hidup di bandar, tetapi berpunca daripada sesetangah kejadian yang mengakibatkan mereka memilih jalan seperti ini untuk meneruskan hidup.

Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori