Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Lebih 100,000 Kematian Akibat...

WASHINGTON - Angka kematian di Amerika Syarikat (AS) terus melepasi 100,000 orang ketika...

Abby Abadi Sudah Temui...

EHEM...siapa agaknya jejaka yang menghiasi ruang Instagram pelakon Abby Abadi ini?Bakal pengganti bekas...

Syed Saddiq Belum Nafikan...

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kurang senang apabila parti baharunya...

Sektor Awam Perlu Transformasi...

KUCHING - Sektor awam di negara ini, yang menghadapi cabaran berbeza daripada sedekad...

Kisah Lelaki Berwajah Mirip Jejaka Dalam Gambar Viral Hari Ini

GAMBAR viral dua individu yang begitu mirip dengan wajah ahli politik DAP mendapat perhatian ramai netizen pada hari ini.

Bagi yang sudah lama mengikuti perkembangan politik Malaysia, wajah lelaki dalam gambar tersebut tak asing lagi di penglihatan namun ramai juga cuma mengenali wajah gadis dalam gambar tersebut iaitu Dyana Sofya Mohd Daud.

Rata-rata mengenali Dyana sejak dirinya diletakkan oleh DAP sebagai calon mewakili parti politik tersebut ketika PRK Teluk Intan, Mei lalu.

Walaupun Dyana tewas kepada tokoh veteran Gerakan, Datuk Mah Siew Keong namun sejak itu dia menjadi ikon Melayu dalam parti yang selama ini sinonim mewakili kepentingan masyarakat berbangsa Cina tersebut.

Namun bagi yang menyangka Dyana adalah perintis Melayu dalam DAP, anda silap kerana penyertaannya hanya bermula pada awal 2012.

Sedangkan lelaki yang mempunyai wajah mirip individu dalam gambar viral hari ini, iaitu Zairil Khir Johari sudah terlebih dahulu mencetus polemik apabila menyertai DAP pada 2010 seterusnya menjadi setiausaha politik kepada setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada Februari 2011.

Pembabitan Zairil yang diuar-uarkan sebagai Melayu pertama dan tunggal menjadi ahli dalam Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP selain menjawat jawatan Ahli Parlimen Bukit Bendera selepas mengalahkan calon BN ketika PRU13 lalu mencetuskan kontroversi kerana dia mempunyai pertalian dengan mantan Menteri Pendidikan Malaysia yang juga salah seorang pengasas UMNO, Tan Sri Khir Johari.

Gambar yang dimuatkan dalam laman web zairil.com
Gambar yang dimuatkan dalam laman web zairil.com.

Apatah lagi bangsanya dilihat telah dijadikan modal oleh pemimpin DAP untuk bermegah walau pun dalam ayat tersirat.


“Hakikat bahawa Zairil itu Melayu adalah kebetulan semata-mata. Beliau dilantik bukan sebab beliau Melayu tetapi sebab beliau seorang individu yang berilmu. Malah beliau mungkin boleh mengajar saya beberapa perkara yang saya tidak tahu,” kata Lim Guan Eng ketika mengumumkan pelantikan Zairil sebagai setiausaha politiknya satu masa dahulu.

Zairil kemudiannya tampil dalam beberapa wawancara untuk menjawab isu dia dianggap ‘derhaka’ kerana memilih parti politik yang berlawanan daripada perjuangan bapanya.

ZAIRIL KHIR JOHARI

Antaranya, Zairil berpendapat “semangat perjuangan” UMNO sudah tidak wujud dalam UMNO, sebaliknya kini membara dalam jasad lain seperti DAP.

DSC_0861

Sehubungan itu terdapat pihak tampil dengan bukti dan dakwaan bahawa penyertaan Zairil dalam DAP tidak pelik kerana dia sememangnya berdarah Cina namun tindakannya mengaku sebagai anak Tan Sri Khir tidak tepat memandangkan dia adalah anak tiri hasil perkahwinan terdahulu ibunya yang berbangsa Cina sebelum bersama Khir Johari.

Justeru, dia diminta berhenti mengaitkan perjuangan politiknya dengan semangat ditinggalkan veteran UMNO yang berjasa besar terhadap negara dan bangsa Melayu itu.
– mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori