Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tips Memilih Cincin Buat...

AKTIVITI pada bulan November dan Disember setiap tahun kebiasaannya akan padat dan penuh...

Lelaki Dipenjara Sebulan, Anjing...

Kuala Lumpur : Seorang lelaki dipenjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari...

‘Terima Kasih Kak Faye,...

SUSULAN pendedahan pelakon Faye Kusairi yang mengaku menjalinkan hubungan cinta dengan bekas suami...

Anggota Keselamatan Perketat Kawalan...

KUALA LUMPUR - Aktiviti penyeludupan mercun dan barangan keperluan harian di sempadan negara...

Kisah Magis Dunia Harry Potter Jengah Panggung 2016

Buat peminat filem francais Harry Potter yang merindui kisah magis dari filem tersebut, berita yang diakui oleh Ketua Pegawai Eksekutif Warner Bros. iaitu Kevin Tsujihara pasti membuatkan mereka teruja.

Memetik sumber laman whosay melalui tweet wartawan Wall Street Journal iaitu Ben Fritz, CEO syarikat mega tersebut berkata filem ini akan sekurang-kurangnya dibikin trilogi.

Kali terakhir menjengah panggung pada tahun 2011, filem baru yang juga diadaptasi dari karya milik J.K Rowling ini bakal ditayangkan pada 2016, 2018 dan 2020.

Untitled

Filem yang bakal diarahkan oleh David Yates yang juga pengarah Harry Potter merupakan terjemahan dari novel ‘Fantastic Beast and Where To Find Them’.

Sebagai informasi, naskah ‘Fantastic Beast and Where To Find Them’ merupakan sebuah buku teks yang digunakan pelajar sekolah magis Hogwarts dan ditulis oleh watak Newt Scamander.


Maka, filem ini bukanlah satu sekuel mahupun prekuel dari naratif Harry Potter, jadi jangan ada yang kecewa kerana pastinya tak akan ada watak Harry dan sahabat-sahabatnya.

Ia menceritakan tentang watak Newt Scamander serta bagaimana dia menemui pelbagai haiwan pelik yang wujud dalam dunia sihir Harry Potter. – MYNEWSHUB

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori