Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pelbagai Gelagat Pemain Pokemon...

KUALA LUMPUR - "Tiba-tiba ada orang tidak dikenali muncul di hadapan rumah saya,...

Budaya Sabotaj Masih Ada...

LANGKAWI - Budaya mensabotaj pelaksanaan dasar-dasar kerajaan masih wujud dalam kalangan kakitangan perkhidmatan...

Kaji Selaras SOP Sempadan...

KANGAR: Kerajaan berharap prosedur operasi standard (SOP) pembukaan sempadan darat Malaysia-Singapura dapat diguna...

Gangguan Bekalan Air Di...

KUALA LUMPUR - Penduduk Taman Tempua Bestari dan Gumut Tambahan di Hulu Selangor...

KJ Sahkan Berita Atlet Elit Malaysia Gagal Ujian Doping

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengesahkan seorang atlet elit kebangsaan telah gagal ujian doping di Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, Denmark.

Khairy berkata Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS) telah pun dimaklumkan berkaitan perkara itu dalam sepucuk surat daripada persekutuan antarabangsa sukan berkenaan bertarikh 1 Oktober lepas.

Persekutuan kebangsaan sukan berkenaan dan juga atlet yang terlibat juka dimaklumkan melalui surat pada tarikh yang sama.

[BACA – GEMPAR!! Bintang Badminton Positif Dadah, Adakah Chong Wei?]

“Mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Agensi Anti-Doping Dunia (WADA), atlet yang gagal ujian doping diberi peluang untuk sampel kedua dikenali sebagai B sampel diuji.

“Dalam kes ini atlet terbabit telah diberi hingga 17 Oktober untuk memohon ujian sampel B. Beliau telah melakukan permohonan tersebut dan sedang menunggu maklum balas daripada persekutuan sukan antarabangsa berkenaan tentang tarikh ujian sampel B,” katanya dalam satu kenyataan berkaitan kes itu hari ini.

Khairy berkata beliau telah meminta satu siasatan rapi berkenaan segala rawatan dan perubatan yang diberi kepada atlet berkenaan sehingga menyebabkan ujian sampel A didapati positif.

“Sejak saya diberi tahu tentang keputusan ujian tersebut, saya telah minta Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara, Dato’ Dr Ramlan Abd Aziz, dibantu oleh Ketua Unit ADAMAS, Nishel Kumar, untuk melaksanakan siasatan rapi berkenaan dengan segala rawatan dan perubatan yang diberi kepada atlet terbabit.

“Ini dilakukan untuk membantu kita mendapat penjelesan lebih lanjut tentang keputusan ujian tersebut,” kata Khairy.


Menurut Khairy, buat masa ini pihaknya masih menunggu tarikh untuk dilakukan ujian sampel B.

“Sebarang tindakan dan kenyataan selanjutnya akan dibuat berpandukan keputusan ujian B sampel,” katanya.

Sejak semalam, menderu-deru berita mengenai seorang pemain badminton elit negara dikatakan telah gagal ujian doping yang dilakukan di Denmark.

KJDoping

Dalam twitter Khairy pula, beliau memaklumkan bahawa identiti atlet berkenaan akan hanya didedahkan selepas keputusan ujian sampel B didapati positif.

Jika sampel kedua diuji negatif, atlet berkenaan tidak dikategorikan gagal dalam ujian doping berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori