HUTANG tetap hutang…. Masa pinjam kemain seronok lagi masing-masing. Bila sampai masa nak bayar mulalah nak bagi macam-macam alasan. Lebih parah, siap mintak hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dihapuskan! Hebat sangat!!
(BACA – Guna CCRIS Tuntut Hutang PTPTN Tidak Bermoral – KLIK)
Antara yang memberi komen mengenai isu disenaraihitamkan ini termasuklah Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaludin di laman Facebooknya. Berikut adalah penjelasan dan nasihat daripadanya.
“Tahun lepas, Kementerian Pendidikan telah mengumumkan cadangan untuk menyenaraikan peminjam PTPTN yang tidak membayar hutang mereka dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS). Pada waktu itu, selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang mendukung aspirasi orang muda, saya telah bantah langkah tersebut kerana terdapat ramai peminjam yang tidak dapat bayar PTPTN sebab kekangan kewangan yang dihadapi akibat kos sara hidup yang meningkat. Ada juga yang masih belum dapat tawaran kerja dan tidak mampu membayar balik hutang PTPTN mereka.
Baru-baru ini saya didatangi pengurusan tertinggi PTPTN. Mereka telah kemukakan cadangan yang baharu. Mereka tahu ramai grad baharu yang masih tidak dapat tawaran kerja yang tetap. Pada masa yang sama mereka risau sebab apabila peminjam tidak membayar balik hutang PTPTN, tabung untuk memberi pinjaman kepada pemohon baharu semakin kurang. PTPTN hanya boleh diteruskan jika peminjam membayar hutang mereka. Barulah pinjaman baharu dapat diberi kepada orang lain.
Dalam keadaan ini, PTPTN cadangkan untuk cuba dapatkan bayaran daripada mereka yang langsung tidak membayar balik hutang mereka sejak tahun 2010 dan sebelumnya. Hujah PTPTN, kalau grad pada tahun 2010, takkan satu sen pembayaran pun tidak boleh dibuat?
Angka-angka dibawah dengan jelas mununjukkan jumlah peminjam yang telah membayar dan mereka yang langsung tidak pernah membuat bayaran (dan tidak pernah hubungi PTPTN). Kumpulan yang dicadangkan untuk disenaraikan dibawah CCRIS terdiri daripada 183,486 individu yang langsung tidak membuat sebarang pembayaran sejak 2010 dan sebelumnya.ÂÂ
Saya tanya PTPTN, jika peminjam tersebut datang dan mula bayaran dengan hanya RM100 sebagai contoh, apakah mereka terlepas dari CCRIS? PTPTN jawab, itu pun dah cukup sebab sekurang-kurangnya mereka tampil untuk membuat bayaran setelah bertahun-tahun tidak menjawab surat menyurat PTPTN.
Kalau tengok statistik di bawah, ada peminjam yang patut mula bayar pada tahun 2000, 14 tahun yang lepas, yang tak bayar satu sen pun! Apabila ditanya tentang peminjam tersebut, pengurusan PTPTN kata ada yang sudah menjadi pegawai kerajaan dengan jawatan tetap yang masih lagi tidak mula membayar balik pinjaman PTPTN mereka.
Saya juga dimaklumkan bahawa tindakan CCRIS ini tidak dibuat serta merta. PTPTN akan bagi masa tiga bulan untuk 183,486 individu ini tampil untuk membuat pembayaran, walaupun sedikit mana pun, supaya tidak dimasuk dalam CCRIS.
Saya rasa cadangan terkini daripada PTPTN ini masuk akal. Lain lah kalau grad baru yang susah nak cari kerja menjadi sasaran. Ini mereka yang patut mula bayar empat tahun lepas dan sebelumnya yang langsung tidak buat apa-apa. Kalau betul ada kes-kes miskin tegar, saya rasa PTPTN akan memberi pertimbangan yang sewajarnya. Tetapi kalau ada kes, sepertimana siasatan PTPTN, di mana peminjam dah ada kerja tapi langsung tak buat apa-apa pembayaran balik saya rasa tak patut.
Kita kena ingat PTPTN adalah tabung pusingan. Kalau tak dibayar balik, anak muda masa akan datang takkan dapat kemudahan yang sama. Kita mesti adil kepada mereka. “
Kalau rasa-rasa tak nak bayar, belajarlah pandai-pandai, jadi graduan dengan keputusan kelas pertama. Sah-sah PTPTN halalkan je duit pinjaman. Ada berani? :-MYNEWSHUB.CC
Oleh: KAKAK KAWASAN