Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

“Saya Gembira Peluk Islam,”...

"SAYA nak convert Islam," ulas penyanyi, Mark Adam menerusi klip rakaman program Al-Hidayah...

Kos Baharu ECRL Lebih...

PUTRAJAYA - Kos pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) 3.0 adalah lebih...

Cara Menulis Dan Berkongsi...

RAMAI yang suka menulis di media sosial tapi kadangkala apa yang ditulis boleh...

Dua Lelaki Didakwa Culik...

KUANTAN - Dua lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas...

KLIA2: Siasatan Panggil Semula MAHB, Kementerian

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) selesai mengadakan prosiding Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dan dijangka akan membentangkan laporan itu pada sesi Dewan Rakyat bermula minggu depan.

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, PAC telah memanggil semula Kementerian Pengangkutan dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bagi mendapatkan maklumat tambahan berhubung pembinaan KLIA2 serta perkembangan terkini lapangan terbang itu.

Katanya, antara yang hadir dalam prosiding kelmarin adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Seri Long See Wool dan Ketua Pegawai Operasi MAHB, Datuk Abdul Hamid Mohd Ali.

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œWalaupun, projek pembinaan KLIA2 ini, tidak dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) tetapi PAC berpandangan perlu memanggil semua pihak yang terbabit dalam pembinaan lapangan terbang ini, atas dasar kepentingan awam.

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œIa disebabkan projek ini, mendapat liputan meluas media arus perdana dan internet sehingga menimbulkan pelbagai persepsi serta pandangan daripada rakyat kepada kerajaan.

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œPAC memulakan prosiding KLIA2 pada 16 Januari lalu dengan memanggil MOT sebelum meneruskannya dengan memanggil MAHB pada 1 April lalu,ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‚Ā katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.


Beliau berkata, berikutan banyak maklumat dalam prosiding MOT dan MAHB membabitkan syarikat penerbangan murah, AirAsia Bhd, PAC kemudian memutuskan utnuk memanggil syarikat berkenaan pada 28 April lalu.

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œInput serta pandangan daripada AirAsia Bhd yang juga pelanggan terbesar di KLIA2 adalah amat perlu dalam memastikan segala maklumat mengenai KLIA2 benar-benar telus dan benar.

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œPAC kemudian berpandangan adalah perlu untuk memanggil semula MOT dan MAHB semula kelmarin, bagi membolehkan jawatankuasa mendapat pandangan mereka atas beberapa maklumat yang diperoleh sepanjang prosiding KLIA2 yang lepas selain daripada orang awam,ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‚Ā katanya.

Nur Jazlan berkata, adalah perlu untuk PAC mendapatkan pandangan daripada semua pihak berkepentingan sama ada kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta syarikat swasta mengenai KLIA2 bagi memastikan rakyat benar-benar faham mengenai isu yang melanda pembinaan lapangan terbang berkenaan.

Beliau berkata, laporan PAC berhubung KLIA2 akan mempunyai segala maklumat mengenai pembinaan lapangan terbang itu secara komprehensif dan menyeluruh membabitkan segala ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œJawatankuasa akan berusaha menyiapkan laporan PAC untuk KLIA2 bagi membolehkan ia dibentangkan dalam Dewan Rakyat yang bermula 7 Oktober hingga 27 November depan sekali gus menjadi dokumen awam untuk rakyat,ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‚Ā katanya. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori