Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

PAS Pengkhianat Pakatan Rakyat!...

KUALA LUMPUR - "DAP berasa amat marah kerana dikhianati oleh kepimpinan PAS", kata...

Bulan Ramadan Bulan Penuh...

BULAN Ramadan bagi umat Islam amat istimewa sekali kerana ia bulan penuh keberkatan.Secara sejarahnya,...

Wanita Guna Daging Kekasih...

SEORANG wanita dituduh membunuh teman lelakinya dan kemudian memasak dagingnya sebagai sebahagian daripada...

905,271 Lengkapkan 2 Dos...

KUALA LUMPUR - Seramai 905,271 individu telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi...

Busana Muslimah Moden Kontemporari Dari ErlsSignature

DUNIA fesyen tempatan semakin rancak apabila lebih banyak koleksi pakaian berkonsepkan muslimah diketengahkan bukan saja memenuhi permintaan pasaran namun menyerlahkan gaya elegan peminat fesyen bertudung tanahair.

Tidak ketinggalan mewarnai dunia fesyen, dua sahabat baik, Nurerlin Md Zulkhari, 27 dan rakannya, Sayang Ernina Erwin, 25, pengasas jenama ErlsSignature.

Meskipun baru dalam dunia perniagaan fesyen, koleksi rekaan mereka berjaya mendapat tempat di pasaran, hanya dengan memasarkan secara atas talian.

Percubaan pertama ErlsSignature dengan menghasilkan kaftan satin berkualiti tinggi dikenali sebagai koleksi Clara laris dalam bulan pertama selepas dilancarkan.

CLARA INSTAGRAM

Dengan harga RM89 sehelai, usahawan muda ini menjadikan laman sosial Instagram sebagai medium pemasaran mereka.

Menceritakan detik awal menceburi perniagaan online, menurut Nurerlin, percubaannya itu dilakukan secara sambilan. Ketika itu dia bekerja sebagai  eksekutif korporat di sebuah organisasi korporat.

Erlyn ErlsSignature

“Pada asalnya saya sukar mendapatkan kaftan yang memenuhi citarasa saya yang bertudung. Ada kaftan yang cantik tetapi jarang dan singkat, lalu tercetus idea untuk menghasilkan kaftan sendiri.

“Menariknya kaftan Clara mempunyai tali dibahagian dalam dan boleh di ikat mengikut kesesuaian saiz pemakai,” katanya ketika ditemubual di butiknya di The Strand, Kota Damasara.

Menurut Sayang Erlina,  terbaru, ErlsSignature tampil dengan koleksi jubah moden Rafella yang dihiasi sekuin berkualiti tinggi menampakkan pemakai kelihatan mewah dan eksklusif.


Sayang ErlsSignature
Sayang Ernina Erwin

Namun jangan terkejut dengan harganya. Ini kerana koleksi Rafella yang didatangkan dalam enam warna iaitu hitam, hijau emerald, perak, biru diraja, ‘dusty pink’ dan coklat hanya berharga RM 179 sahaja.

“Menariknya tentag Rafella, kami menghasilkannya menggunakan satin mewah. Tiada isu material jarang dan nipis kerana kami menitikberatkan keselesaan pemakai serta tidak mudah berpeluh,” katanya.

Rafella by ErlsSignature

Ketika ditanya tentang perancangan masa depan perniagaannya, kedua-dua usahawan ini berkata, Erlssignature bakal beroperasi di outlet fizikal, Vendeur Concept Store (VCS) yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

“Kami akan melancarkan lima koleksi baru sempena pembukaan VCS dan menjangkakan jualan kami mampu mencecah RM15,000 sebulan. Sebagai usahawan atas talian, jumlah itu amat besar bagi kami untuk terus melabur meluaskan lagi jenama Erlssignature.

DSC_8562

“Kini kami masih bertatih. Berbeza ketika makan gaji, menguruskan perniagaan sendiri amat mencabar dan cabaran paling besar yang pernah kami alami apabila tukang jahit tiba-tiba tidak mahu menyiapkan pakaian ketika tempahan masih banyak.  Selain itu ada juga tukang jahit menjual idea kami kepada orang lain.

“Tetapi kami pandang segalanya dari sudut positif. Bagi kami, tidak ada jalan yang senang untuk kami senang di kemudian hari,” kata mereka yang juga pemegang Ijazah Sarjana Komunikasi dan Perniagaan dari universiti tempatan. :-MYNEWSHUB.CC

DSC_8549
DSC_8525

Oleh: SYA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori