Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

2 Maut, 5 Selamat...

KUNAK - Dua orang termasuk seorang wanita warga asing maut akibat lemas semasa...

Skuad Berbasikal Lebuh Raya...

INCHEON - Sukan berbasikal lebuh raya mahu memperbaiki pencapaian Sukan Para Asia di...

ADUN Bawa Anak, Isteri...

SABAK BERNAM - Tindakan ADUN Sabak, Ahmad Mustain Othman yang membawa isteri dan...

Kanak-Kanak 2 Tahun Maut...

GEMAS - Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut selepas kepalanya tertusuk besi...

Koma 17 Bulan, Paderi Peluk Islam Selepas Terjaga

Itulah petunjuk yang diberi olehNya kepada seorang paderi di Jakarta yang koma selama setahun lima bulan.

Apabila terjaga dari tidur, Eduardo Vicenzo Maria Gomez, 87 tahun terus memeluk agama Islam kerana mendakwa berinteraksi dengan Allah S.W.T ketika dalam koma dan ditunjukkan kenikmatan syurga.

Dia yang dilahirkan di Sepanyol, menetap dan mengajar ajaran Kristian selama 43 tahun di Pulau Jawa dan sangat dihormati oleh penduduk sekitar.

Memetik sumber laman World News Daily, Gomez yang mengalami masalah jantung telah koma selepas terjatuh dari tingkat dua ketika sedang membaiki rumah ibadat bersama orang ramai.


Katanya kepada Kalimantan Press, “Saya tidak tahu apa-apa tentang Islam, saya juga tidak pernah membaca Al-Quran. Apa yang saya ingat, saya bertemu Allah. Sebelum itu, satu cahaya terang bersinar memancar ke badan saya sebelum saya dapat melihat pintu syurga yang berwarna keemas-emasan.”

Berita tersebut lantas menjadi viral dan mengejutkan ramai pengikutnya, namun sebahagian mereka menunjukkan minat untuk mendekat Islam. – MYNEWSHUB

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori