Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Johor Sedia Peruntukan Hampir...

JOHOR BAHARU - Kerajaan Johor memperuntukkan hampir RM1` juta tahun ini kepada 133...

Syabas… Ranking FIFA Skuad...

SYUKUR.... Rekod kejayaan Malaysia berpesta gol 'belasah' Bhutan 7-0 di Stadium Nasional, Bukit...

Presiden RFEF, Anak Lelaki...

MADRID – Presiden Persekutuan Bola Sepak Diraja Sepanyol (RFEF) Angel Maria Villar dan...

Aliran Trafik Di Lebuh...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di semua lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat...

Komputer Pertama Apple Yang Masih Berfungsi Dilelong

SATU daripada 50 komputer pertama yang dipasang pengasas bersama Apple, Steve Wozniak dan mendiang, Steve Jobs pada 1976 dilelong pada harga antara AS$300,000 (RM981,338) hingga AS$500,000 (RM1.63 juta).

Pada 2012 sebuah komputer Apple-1 yang masih berfungsi dilelong pada harga AS$374,500 (RM1.22 juta).

Rumah lelongan Bonhams memaklumkan, komputer yang masih berfungsi itu dipasang di garaj kereta milik Jobs di Los Altos, California.

Pada acara lelongan itu, komputer berkenaan berjaya dibeli Yayasan Henry Ford yang merancang mempamerkan komputer berkenaan di sebuah muzium miliknya di Dearborn, Michigan.

“Apple-1 bukan sahaja inovatif, malah ia asas kepada revolusi digital,” kata Presiden Henry Ford, Patricia Mooradian.


Ketika komputer itu dihasilkan 38 tahun lalu, tidak ramai membelinya sebelum pemilik syarikat elektronik, Paul Terrell membuat tempahan 50 unit Apple-1 dan menjualnya pada harga AS$666.66 (RM2,180.72).

Susulan itu, Jobs dan Wozniak mengeluarkan 150 lagi komputer dan menjualnya kepada kenalannya serta syarikat elektronik.

Ketika ini kurang 50 unit komputer Apple-1 yang masih dapat berfungsi dengan baik. – mStar

  • Lagi berita berkaitan:
  • apple

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori