Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ranking FIFA: Harimau Malaya...

ANGKANYA banyak. Namun eloklah disebut senarai terbaik dunia walaupun realitinya nampak macam tercorot....

Wan Azizah Perlu Terjemah...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Khalid Ibrahim mempertahankan beliau masih lagi Menteri Besar...

PAS Tetap Kerjasama Dalam...

PAS akan tetap menjalinkan kerjasama dengan parti dalam Pakatan Rakyat (PR) DAP dan...

Jari Kaki Disambung Ke...

MESKIPUN jari tangannya telah digantikan dengan jari kakinya akibat satu kemalangan namun Jeremy...

KPDNKK Sediakan Sistem IT Untuk Pembahagian Subsidi RON 95

Selaras dengan pelan kerajaan untuk menyusun semula pembahagian bahan bakar RON 95, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bakal membangunkan satu sistem IT untuk melancarkan perlaksanaan tersebut.

Sistem tersebut yang dijadualkan bakal dilaksanakan pertengahan tahun hadapan akan menelan belanja sebanyak RM 4 juta.

Timbalan Ketua Setiausaha (Francais dan Kepenggunaan) KPDNKK, Datuk Basaruddin Sadali berkata, pembangunan sistem IT itu akan menyelaraskan model pembahagian subsidi mengikut pendapatan.

Menurut beliau lagi, kerajaan kini sedang menilai respon dan pendapat dari masyarakat tentang perlaksanaan sistem itu dari pelbagai sudut.

Malah, KPDNKK turut mempunyai pelan alternatif bagi masyarakat luar bandar yang tidak memiliki capaian internet dan jalur lebar.

Ahmad-Husni-Hanadzlah

Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan skim rasionalisasi subsidi bahan api yang akan dibahagikan kepada tiga peringkat mengikut tahap pendapatan rakyat.

Memetik kenyataan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam akhbar Sinar Harian, rakyat yang memiliki pendapatan RM 5 ribu sebulan akan terus menikmati pemberian subsidi kerajaan,


Namun untuk individu yang berpendapatan RM 10 ribu ke atas, bantuan tersebut akan ditarik.

Tahap pertama (pendapatan kurang RM 5 ribu) akan terus menikmati subsidi seratus peratus, peringkat kedua bagi yang berpendapatan rendah hingga pertengahan akan menikmati sebahagian subsidi manakala bagi yang memiliki pendapatan RM 10 ribu tidak diberikan subsidi.”

Kata beliau lagi, “Perlaksanaannya akan berasaskan kepada gaji individu, tidak seperti BR1M yang berasaskan kepada pendapatan isi rumah.”

Sistem ini sedang berada dalam proses kajian terperinci dan dijadual akan dilaksanaan bermula Jun 2015 – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori