SEMPENA ulangtahun ke 10 Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) Seremban, kumpulan perubatan terbesar itu menganjurkan program untuk kanak-kanak, Kids Fun Week.
Untuk memeriahkan sambutan ulang tahun mereka, KPJ Seremban mempelawa kanak-kanak dari pra sekolah menyertai pertandingan mewarna, acara wajib bagi kanak-kanak di mana-mana sambutan.
Tapi yang tak bestnya, KPJ dikatakan mengenakan caj RM5 bagi setiap seorang kanak-kanak yang ingin menyertai pertandingan ini.
Makin parah lagi bukannya acara itu diadakan di hospital terbabit, tetapi kanak-kanak diminta mewarna lukisan mereka di sekolah masing-masing, sebelum dihantar kepada penganjur untuk dipilih pemenangnya.
ARTIKEL BERKAITAN: KPJ Diminta Pertimbang Semula Tajaan Bersalin Che Ta
Bercakap kepada Mynewshub, bapa seorang kanak-kanak pra sekolah terbabit dikenali sebagai Iwan berkata, bukan nilai yuran penyertaan sebanyak RM5 menjadi isu.
“Sebuah organisasi besar yang ingin mengadakan sambutan ulangtahun tapi mengenakan caj RM5 untuk pertandingan mewarna. Jika diadakan di tempat mereka di mana RM5 itu mungkin untuk kos pengangkutan, saya boleh terima.
“Tetapi pertandingan diadakan di sekolah. Siapa yang menang dan terpilih saja akan dibawa pada hari sambutan itu pada 8hb November nanti. Jadi untuk apa dibayar RM5 itu?,” katanya.
Menurutnya, dia telah menghubungi penganjur untuk mendapatkan maklumat tentang yuran penyertaan itu, tapi diberitahu yuran tersebut dibuat oleh jawatankuasa penganjur kumpulan perubatan terbabit.
Hurmmm… macam mana nak jawab tu? Mungkin KPJ boleh bagi jawapan bernas.
Betul juga kata bapa kanak-kanak ni, kalau seorang RM5, kalau 100 penyertaan dah berapa pulak? Lagi ramai masuk, eh, boleh buat duitlah orang kata.
Malulah KPJ, taja artis bersalin kelas pertama mampu.. program kanak-kanak kena bayar pula! – MYNEWSHUB.CC
Oleh: KAKAK KAWASAN