Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

“Kita Tunggu Dividen LTAT...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak bertanya betul ke prestasi pengagihan dividen...

Kebakaran Merebak, Christchurch Isytihar...

WELLINGTON - Bandar raya kedua terbesar New Zealand, Christchurch mengisytiharkan darurat pada Rabu...

Mara Berperanan Pastikan Ekonomi...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman berkata Majlis Amanah...

PAFA Setuju Lantik MB...

IPOH – Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) sebulat suara mencadangkan Menteri...

Krisis Barang Naik Harga Berlaku Zaman Rasulullah – Anuar Musa

KUALA LUMPUR – Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa dalam satu `posting’ akaun Facebook beliau menyebut  krisis kenaikan harga barang pernah berlaku ke atas manusia pada zaman Rasulullah S.A.W.

Menurut `posting’ itu, krisis kenaikan harga barang pada zaman Rasulullah S.A.W direkodkan dalam hadis sahih dan Rasulullah S.A.W pada masa itu bersabda Allah S.W.T yang menetapkan harga itu.

Justeru, umat Islam pada zaman itu diingatkan supaya tidak terlalu khuatir dengan kenaikan harga barang kerana rezeki setiap manusia pasti dicukupkan dan tidak dikurangkan sedikit pun oleh Allah S.W.T.

Berikut `posting’ penuh beliau mengenai kenaikan harga barang semasa zaman Rasulullah S.A.W menerusi laman Facebook tersebut:

Hakikatnya krisis kenaikan harga barang telah berlaku ke atas manusia sejak pada zaman Rasulullah SAW lagi, dan ia telah direkodkan dalam hadis sahih. Dari Anas bin Malik ra. dia berkata, “Harga barang menjadi mahal pada zaman Nabi SAW, lalu mereka (para sahabat) berkata, ‘Wahai Rasulullah, harga telah menjadi mahal maka tetapkanlah harga untuk kami.’” (Riwayat Abu Dawud)

Peristiwa ini berlaku apabila harga barang di pasar di Madinah naik, maka para sahabat bertemu Rasulullah meminta supaya Baginda menetapkan harga supaya orang-orang miskin dapat membeli barang dengan harga yang mereka mampu. Lalu apa jawab Rasulullah? Baginda bersabda:


“Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga itu, Dialah Allah yang melapangkan, Dialah Allah yang menyempitkan, serta Dialah Allah yang memberikan rezeki. Dan sesungguhnya aku berharap agar aku bertemu Allah SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku di dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta.” (Sahih. Riwayat Abu Daud)  [21:14, 10/1/2014] zack @ ude:

Kenaikan harga barang tidak mengubah rezeki seseorang. Nabi menyatakan bahawa Allah-lah yang melapangkan rezeki seseorang hamba dan Dia juga yang menyempitkan rezeki mana-mana hamba yang dikehendakiNya. Ini selari dengan firman Allah SWT, “Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki.” (Al-Ra’d: 26)

“Jika Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNya tentulah mereka melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakiNya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui hamba-hambaNya lagi Maha Melihat.” (As-Syura: 27)

Usah khuatir kerana rezeki setiap manusia pasti dicukupkan dan tidak dikurangkan sedikit pun. Kenaikan harga sama sekali tidak mempengaruhi rezeki yang ditetapkan.

Ini seperti mana sabda Nabi SAW, “Wahai manusia, sesungguhnya salah seorang kamu tidak akan mati sehingga dia mendapat seluruh rezekinya secara sempurna. Maka janganlah kamu tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Bertakwalah kepada Allah, wahai manusia!…(sekadar renungan pagi berasaskan agama).

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori