Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

“Doakan Yang Baik-Baik Saja”...

SELEPAS genap seminggu mendiamkan diri, pelakon Natasha Hudson akhirnya tampil mengesahkan perkahwinannya dengan...

153 Discaj, 3 Kematian,...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiga lagi kematian akibat wabak Covid-19,...

Highland Towers Diroboh Bulan...

PETALING JAYA - Highland Towers yang terbiar sejak 25 tahun lalu akan dirobohkan...

M’sia Sedia Kongsi Pengalaman...

VIENTIANE - Malaysia bersedia berkongsi pengalaman dalam pengurusan ekonomi dengan negara Asean berdasarkan...

KTMB Tidak Akan Diswastakan – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak bercadang untuk menswastakan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata sebaliknya kerajaan sedang berusaha untuk mentransformasikan operasi dan perkhidmatan KTMB sekali gus memantapkan kedudukan kewangannya.

“Kalau ada dengar KTMB akan diswastakan, saya akan maklumkan di sini bahawa ia tidak akan diswastakan kerana kita sedang menjalankan proses transformasi yang begitu hebat.

“Mudah-mudahan dengan langkah transformasi ini, kita akan peroleh keuntungan,” katanya semasa menjawab soalan tambahan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (BN-Mersing) pada sesi soal jawab.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan asal Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan prestasi kewangan mengikut pendapatan untung dan rugi KTMB setiap tahun sejak dikorporatkan pada 1992.

Ahmad berkata beberapa inisiatif telah dilakukan untuk memulihkan kedudukan kewangan KTMB melalui Makmal Transformasi KTMB yang dirancang bersama Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu).


Antara inisiatif yang dirancang untuk Pelan Transformasi KTMB itu termasuk semakan semula kadar tambang perkhidmatan tren penumpang dan kargo, mengubah suai jadual waktu atau menghentikan perkhidmatan yang tidak menguntungkan dan memberi fokus dalam aspek penyelenggaraan, katanya.

“Dengan pelaksanaan inisiatif-inisiatif berkenaan, KTMB dijangka dapat memperoleh keuntungan sebanyak RM33.1 juta pada tahun 2015.

“Oleh itu, dengan kedudukan kewangan yang lebih baik, KTMB berupaya meneruskan operasinya secara mampan, seterusnya dapat mengurangkan
kebergantungan bantuan kewangan daripda kerajaan,” kata beliau.

Ahmad berkata keuntungan KTMB setelah diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2013 ialah RM7.4 bilion manakala bagi tempoh yang sama kerugian dicatat sebanyak RM2.5 bilion.

Katanya, beberapa faktor yang menyumbang kepada kerugian KTMB termasuk kadar tambang rendah dan kos operasi yang tinggi meliputi kos penyelenggaraan infrastruktur gerabak, kos penggunaan tenaga elektrik dan diesel serta kos tenaga kerja. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori