Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Polis Tahan Remaja Lelaki...

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan seorang remaja lelaki dipercayai aktif menjalankan kegiatan samun...

HERE Maps: Mudahkan Navigasi...

Berita baik buat anda yang tidak mempunyai kadar bayaran plan data internet yang...

Perdana Menteri Lancar Buku...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan buku...

Hsiao Chiu, Si Zirafah...

SEEKOR zirafah mati disebabkan terlalu panik setelah dikurung dan dimuatkan ke dalam sebuah...

Kuasa Alat Solek Ubah Wajah Jadi Selebriti Terkenal

Seorang pelakon dan pengacara lelaki, Paolo Ballesteros, 31 menarik perhatian ramai apabila mengubah wajah maskulinnya dengan hanya olesan solekan dan berjaya menjelmakan diri menjadi persis bintang terkenal Hollywood.

Antara yang menjadi pilihan Paolo untuk menjalani transformasi tersebut ialah Julia Roberts, Kristen Stewart, Katy Perry, Jennifer Lawrence, Kim Kardashians, Miley Cyrus dan ramai lagi.

 

paolo-ballesteros-makeup5

paolo-ballesteros-makeup8

Bagi melengkapkan transformasi yang dilakukan, Paolo menggunakan alat solek, rambut palsu dan kanta lekap berwarna dan uniknya, dia menjalankan proses solekan tersebut sendiri. Hebat betul dia ni!

Menurut Paolo, pada awalnya, idea gila-gila tersebut digunakan sebagai kejutan kepada audiens untuk satu segmen dalam rancangan ‘Super Sereyna’, namun terpaksa mengambil masa beberapa jam bagi prosedur berkenaan.


Dia juga mendedahkan, kemahiran ‘memanipulasikan’ wajah menggunakan alat solek merupakan hasil daripada kegigihannya mempelajari teknik-teknik tersebut di laman Youtube.

paolo-ballesteros-makeup9

“Wajah Angelina Jolie merupakan wajah yang paling mudah untuk dilakukan, saya hanya perlu ‘menebalkan’ bibir dengan gincu dan akan menjadi sepertinya,” ujar Paolo.

Namun, dalam suatu kenyataannya ketika ditemubual, Paolo menafikan yang dia pengamal hubungan sejenis dan tidak kisah dengan tanggapan masyarakat sekeliling. – MYNEWSHUB

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori