Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Lelaki Derita Wayar USB...

SEORANG lelaki dari wilayah Shaanxi, China menerima padah apabila bertindak memasukkan wayar USB...

DUN Kelantan Lulus Usul...

KOTA BHARU - Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan hari ini sebulat suara meluluskan...

Isu FGV: Pelantikan Idris...

PUTRAJAYA - Pelantikan Datuk Seri Idris Jala sebagai pihak berkecuali untuk meneliti penggantungan...

SPRM Sabah Sita Wang...

KOTA KINABALU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah menyita wang tunai...

Kumpulan Pertama Jemaah Haji Selamat Tiba Di Pulau Pinang

GEORGE TOWN – Sebanyak 278 jemaah haji kumpulan pertama selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas di sini, hari ini.

Pengarah Lembaga Tabung Haji negeri, Wahyudin Tamimi berkata kumpulan berkenaan berlepas dengan pesawat KT21 pada 9.40 malam waktu Arab Saudi dan tiba di sini pada 11.40 pagi, waktu tempatan.

“Terdapat lima lagi penerbangan membawa pulang 1,396 jemaah haji antara 23 Okt hingga 5 Nov,” katanya kepada pemberita ketika menyambut jemaah haji berkenaan.

Katanya, kesemua jemaah yang terdiri daripada 130 jemaah lelaki dan 148 jemaah wanita itu berada dalam keadaan sihat dan urusan perjalanan pulang mereka berjalan lancar.

Sementara itu seorang jemaah, Kamal Rusdi Hashim, 24, melahirkan kesyukuran kerana berpeluang menunaikan rukun Islam kelima itu pada usia muda dan insaf melihat rakan jemaah yang mengalami masalah kesihatan sehingga terpaksa dibantu sewaktu di tanah suci.


Graduan Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan dari Universiti Malaysia Perlis itu turut kagum dengan sambutan yang diberi penduduk Mekah dan Madinah yang menggelar jemaah Malaysia sebagai ‘burung-burung syurga’.

“Mungkin dengan adab, akhlak serta sikap lemah lembut yang jemaah kita tonjolkan menyebabkan mereka memberi pengiktirafan sebegitu,” katanya.

Bagi Zaharah Hashim, 71, keadaan cuaca di tanah suci dirasakan begitu nyaman walaupun kadangkala suhu mencecah sehingga 40 darjah celcius dan beliau dapat menunaikan ibadah haji dengan tenang dan teratur.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik. Layanan petugas haji juga bagus dan mereka cepat menghulur bantuan terutama kepada suami yang baru sembuh dari penyakit angin ahmar,” katanya dari Selama Perak. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori