SEBELUM ini kecoh apabila video penguasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bergomol dengan peniaga di Taman Tasik Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur, semalam beberapa keping gambar mereka merampas barang peniaga tersebar lagi.
Kali ini orang ramai terkejut dan tergaman dengan tindakan DBKL  yang merampas motosikal peniaga ais krim.
Mereka menyifatkan pengusa DBKL mengamalkan sikap tidak “bertimbang rasa” terhadap para peniaga Melayu yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di sekitar ibu negara. Kejadian terbaru juga berlaku di Taman Tasik Permaisuri petang semalam.
Difahamkan kejadian terbaru ini melibatkan seorang peniaga aiskrim yang sedang melalui kawasan itu.
Peniaga itu mendakawa dia sedang menunggang motosikal EX5 dan telah ditahan oleh seorang lelaki berpakaian biasa.
Sangkaannya, lelaki berkenaan mahu membeli aiskrim maka beliau memberhentikan motosikalnya.
Sungguh mengejutkan, rupa-rupanya yang menahan itu adalah penguatkuasa DBKL yang berpakaian preman. Motosikal dan kelengkapan aiskrimnya telah ditahan dan sejam kemudian tiba pula penguatkuasa yang lengkap berunifrom ke lokasi. Mereka menyita motosikal peniaga tersebut dan beberapa lagi yang lain. Kejadian itu sempat dirakamkan oleh saksi yang berada di lokasi berkenaan.
Persoalannya, apakah wajar penguatkuasa DBKL menyamar dengan berpakaian preman dan apakah tindakan ini mengikut SOP?. Inilah yang memusykilkan semua pihak sekarang. Nampkaknya, mereka yang memakai baju penguatkuasa PBT kini semakin bertindak di luar batasan.
Kita tidak mahu masyarakat terus memandang serong terhadap penjawat awam yang menjalankan tugas. Sudah tentu ada sebab munasabah mengapa tindakan menyita motosikal itu dilakukan. Mohon pihak DBKL memberikan kenyataan balas terhadap tindakan mereka ini. Harap-harap ia mampu menjernihkan keadaan. :-MYNEWSHUB.CC
Oleh: KAKAK KAWASAN