Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Rayuan Ingatkan Najib...

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Razak meminda...

Penjara 24 Tahun, 15...

JOHOR BAHRU - Seorang bekas sarjan tentera dijatuhkan hukuman penjara 24 tahun dan...

Pesawah Rayu Kerajaan Salur...

TAIPING - Pesawah padi di kawasan Semanggol dan Selinsing dekat Kerian merayu agar...

Video: Kantoi! Aksi Gay...

NAMPAKNYA 'kaum nabi Luth' bukan sahaja banyak berkeliaran di Bandar Sri Permaisuri, kini...

Lahir Di Malaysia Tidak Semestinya Warganegara – JPN

KUALA LUMPUR – Kanak-kanak yang lahir di Malaysia dan memiliki Sijil Kelahiran negara ini tidak semestinya akan menjadi warganegara Malaysia.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Sulaiman Keling berkata, ramai pihak di negara masih keliru mengenai perkara itu.

Menurut beliau, setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia berdasarkan peruntukan Seksyen 7 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299).

“Akta tersebut menyatakan semua kelahiran yang berlaku di Malaysia wajib didaftarkan tanpa mengira status kanak-kanak tersebut. Perkara ini juga seiring dengan ketetapan Konvensyen Hak Kanak-Kanak yang menghendaki setiap kanak-kanak yang dilahirkan hendaklah didaftarkan kelahirannya dengan segera tanpa diskriminasi.

“Namun lahir di Malaysia dan memiliki Sijil Kelahiran Malaysia bukan bermakna seseorang itu adalah secara automatik berstatus warganegara Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sulaiman menjelaskan, taraf kewarganegaraan seseorang sebenarnya ditentukan berdasarkan kepada taraf kewarganegaraan ibu bapa kandung serta taraf perkahwinan ibu bapanya semasa kelahiran tersebut berlaku.


Kata beliau, jika ibu bapa bukan warganegara atau pemastautin tetap semasa kelahiran, maka kanak-kanak tersebut berstatus bukan warganegara
Malaysia.

Sehubungan itu, katanya. lahir di Malaysia dan mempunyai Sijil Kelahiran Malaysia tidak membuktikan bahawa seseorang itu adalah bertaraf warganegara.

Beliau menambah, bagi memudahkan agensi lain mengenal pasti status kewarganegaraan kanak-kanak melalui sijil kelahiran, JPN telah mengeluarkan Sijil Kelahiran berbeza warna mulai 1 Julai 2011.

“Sijil Kelahiran berwarna hijau adalah bagi kanak-kanak yang bertaraf warganegara manakala Sijil Kelahiran berwarna merah bagi kanak-kanak yang bertaraf bukan warganegara atau belum ditentukan,” jelasnya.

Katanya, bagi kanak-kanak bertaraf bukan warganegara yang telah memiliki Sijil Kelahiran berwarna hijau sebelum ini iaitu sebelum 1 Julai 2011 dikekalkan dan hanya berubah warna Sijil Kelahiran apabila pemohon membuat Cabutan Sijil Kelahiran di pejabat JPN berhampiran. – mynewshub.tv

  • Lagi berita berkaitan:
  • JPN

4 KOMEN

  1. Saya mempunyai sijil kelahiran anak berwarna hijau…dan saya bukan warga negara…mcm mn saya nak buat status anak saya tu…

  2. Macam mna caranya nak mempercepatkan proses taraf kewarganegaraan anak saya? Sudah lebih satu tahun permohonan yang ke-3 saya mohon belum diberi kelulusan.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori