Presiden Indonesia yang baru Joko Widodo hari ini memaklumkan Agensi Anti-Rasuah Indonesia telah menolak lapan anggota barisan kabinet baru yang dipilih olehnya.
Memetik laporan dari straitstimes.com, beliau yang lebih dikenali sebagai Jokowi berkata barisan kabinet 33 orang menterinya akan diumumkan secepat mungkin.
Terdahulu, beliau yang baru sahaja mengangkat sumpah pada Isnin lepas sememangnya akan membuat pengumuman barisan kabinetnya hari ini.
[BACA – Joko Widodo Selesai Angkat Sumpah Presiden Indonesia Ke-7]
“Saya akan beritahu anda masanya, pengumuman akan dibuat sama ada di Pluit (Jakarta Utara), Tanah Abang (Jakarta Pusat), Tanjung Priok (Jakarta Utara) atau di tempat lain,” katanya dalam laporan awal portal sama.
Beliau ketika itu melakukan lawatan ke kediaman rasmi lamanya ketika berkhidmat sebagai Gabenor Jakarta di Menteng.
Jokowi yang merupakan bekas Gabenor dan Datuk Bandar Surakarta menang pilihan raya pemilihan presiden dengan mendapat 53.2 peratus undi pada pemilihan 9 Julai lepas. – MYNEWSHUB.CC