Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

13 Okt Pendengaran Permohonan...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 13 Okt untuk mendengar permohonan...

Rakyat Malaysia Antara 4...

SINGAPURA - Seorang wanita warganegara Malaysia berusia 46 tahun merupakan antara empat kes...

MIMA Jadi Pusat Kecemerlangan...

JAKARTA - Malaysia menawarkan Institut Maritim Malaysia (MIMA) dijadikan sebagai pusat kecemerlangan bagi...

Isu Kenaikan Harga Ayam...

PUCHONG: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

Lapangan Terbang JFK Mula Lakukan Pemeriksaan Ebola

NEW YORK – Pasukan perubatan di Lapangan Terbang John F Kennedy (JFK) New York, mula melakukan pemeriksaan Ebola ke atas pengunjung dari tiga negara Afrika Barat dalam usaha menghentikan virus berkenaan daripada merebak.

Lapangan terbang berkenaan adalah yang pertama daripada lima lapangan terbang di Amerika Syarikat yang memperhebatkan pemeriksaan pengunjung dari Guinea, Liberia dan Sierra Leone.

Ketiga-tiga negara berkenaan menyaksikan kematian paling banyak yang sudah meragut lebih 4,000 nyawa akibat jangkitan Ebola

Hampir semua penumpang pesawat ke Amerika Syarikat dari negara terbabit tiba di Lapangan Terbang JFK, Newark Liberty, Washington Dulles, Chicago O’Hare dan Hartsfield-Kackson Atlanta.

Prosedur baharu itu akan dimulakan di empat lagi lapangan terbang berkenaan mulai Khamis. – REUTERS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori