Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Hujan, Kebakaran & ‘Lip...

Walaupun hujan renyai, namun situasi tersebut tidak langsung menghilangkan keghairahan 12,000 peminat yang...

Pertaruh Nyawa Panjat Tebing...

INILAH laluan yang dilalui oleh 15 kanak-kanak yang tinggal di perkampungan Atule’er, selatan...

MTUC Gesa Majikan Patuhi...

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berharap semua pihak terutama majikan...

Seramai 580 Murid Hayati...

BUKIT MERTAJAM - Seramai 580 murid Tahun Satu hingga Enam di Sekolah Kebangsaan...

Latheefa Koya Nafi Ugut Bunuh Bung Moktar

KUALA LUMPUR – Penasihat Undang-Undang Parti Keadilan Rakyat (PKR), Latheefa Koya kelihatan gelabah berikutan laporan polis yang dibuat ke atas beliau kerana didakwa membuat ugutan bunuh ke atas Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin.

Latheefa dalam satu kenyataan hari ini bersungguh-sungguh menegaskan bahawa kenyataan yang beliau ke atas Bung Moktar melalui akaun Twitter bukan satu ugutan bunuh ke atas Ahli Parlimen tersebut.

(BACA – Latheefa Koya Tweet Mahu Hapuskan Bung Moktar Radin)

“Saya mahu menyatakan tiada langsung saya membuat ugutan seperti itu ke atas Bung Moktar dan tweet saya tidak boleh dianggap sebagai ugutan bunuh atas apa juga imaginasi.

“Saya mendapati laporan polis yang dibuat adalah palsu dan dikarang untuk memberi tekanan kepada pihak polis supaya mengambil tindakan walaupun tiada kesalahan dilakukan,” katanya.

LatheefaBung_1


LatheefaBung_2

Sehubungan itu, Latheefa menegaskan beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak jika terus membuat dakwaan beliau membuat ugutan bunuh.

“Sumber polis digunakan untuk menentang jenayah sebenar dan bukan dibazirkan untuk motif politik,” katanya.

Mynewshub.cc melaporkan Latheefa menyelar Bung Moktar kerana kenyataan Bung Moktar pada sidang Parlimen meminta semua pihak yang menetang Akta Hasutan 1948 ditangkap dan didakwa.

Beliau dalam akaun Twitter menyebut “sebelum kita mansuhkan Akta Hasutan – elok hapuskan MP Kebinatangan tu dulu”. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori