Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Bos Fashion Valet Vivy...

SIAPA yang tak kenal dengan ikon fesyen dan perniagaan terkenal, Vivy Yusof? Sebagai pengasas dua...

Polis Johor Aktifkan Anggota...

JOHOR BAHRU - Polis Johor mengaktifkan penugasan kawalan melibatkan anggota Jabatan Siasatan Jenayah...

Messi Cipta Sejarah Pemain...

ZURICH - Bintang skuad Barcelona, Lionel Messi dinobat sebagai pemain terbaik di dunia...

Luahan ‘Wanita’ Gambar Kad...

Sehari dua ini, beberapa gambar seorang 'wanita' yang disertakan gambar MyKad miliknya menjadi...

Latheefa Koya Tweet Mahu Hapuskan Bung Moktar Radin

Ahli Parlimen Kinabatangan (BN) Datuk Bung Moktar Radin hari ini bertekak dengan Penasihat Undang-Undang Parti Keadilan Rakyat; Latheefa Koya berkaitan Akta Hasutan 1948 di laman sosial Twitter.

Semuanya bermula apabila pada sidang Dewan Rakyat hari ini, Bung Moktar berharap semua pihak yang menentang akta tersebut supaya ditangkap dan didakwa.

[BACAHasutan : Adam Adli Dihukum Penjara 12 Bulan]

Menurut beliau dalam satu kenyataan di Lobi Parlimen, mereka yang menentang akta itu dilihat seperti mempunyai agenda tidak baik terhadap kestabilan negara.

Latheefa kemudiannya membalas kenyataan Bung Moktar menerusi twitter dengan berkata MP Kinabatangan itu yang perlu dihapuskan terlebih dahulu sebelum akta itu dimansuhkan.

“Kita harus menghapuskan MP Kinabatangan dahulu sebelum kita mansuhkan Akta Hasutan,” tulis Latheefa dalam satu status Twitter sebelum ia dilihat dipadamkan. 

LatheefaBung_1

Ekoran itu beberapa pengguna twitter menganggap kenyataan Latheefa mirip ugutan bunuh dan menyarankan Bung Moktar supaya membuat laporan polis.


Bung Moktar bagaimanapun memberikan masa kira-kira 24 jam kepada Latheefa untuk membuat permohonan maaf atau laporan polis akan dilakukan.

LatheefaBung_2

“Saya meminta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat kenyataan @LatheefaKota untuk menghapuskan saya, ini satu ugutan melampau,” kata Bung.

Latheefa kemudiannya membalas lagi kenyataan Bung Moktar.

“Kebudak-budakan! PDRM bukan pengawal peribadi anda,” katanya.

Peguam yang begitu kuat kesetiaannya dengan PKR ini dilaporkan telah memadam tweet di atas dan sehingga kini belum mengeluarkan sebarang permohonan maaf kepada Bung Moktar. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori