Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

900,000 Hektar Hutan Di...

IPOH - Sejumlah 995,284.96 hektar hutan simpan diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal (HSK)...

Laporan Pencemaran Pasir Gudang...

KUALA LUMPUR - Hasil laporan analisa pencemaran udara di Pasir Gudang bukan ‘sengaja’...

Nenek Dakwa Rahsia Umur...

Seorang nenek berusia 112 tahun mendakwa rahsia umur panjangnya adalah dengan menghisap rokok...

Anggota Polis Miliki Hampir...

SIBU - Seorang daripada sembilan anggota polis yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

Lebih 100 Sukarelawan Bantu Jemaah Haji Semasa Masyair

MAKKAH – Tabung Haji melantik 120 sukarelawan untuk menjadi Sahabat Tabung Haji bagi membantu jemaah haji dari segi kebajikan semasa Masyair, iaitu semasa kemuncak ibadah haji di Arafah, Muzdalifah dan Mina mulai esok.

Suri rumah Zakiah Abdul Hamid, 52, antara 120 jemaah haji yang menerima tawaran untuk menjadi Sahabat Tabung Haji, berasa teruja apabila TH memintanya membantu kerana sejak di Malaysia lagi dia memang berniat untuk membantu rakan sejemaah.

Ibu kepada empat orang anak yang berumur 20 hingga 31 tahun berkata, semasa anak-anaknya masih di bangku sekolah, beliau aktif dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan yang terakhir sebagai Setiausaha Persatuan Darul Fitrah, sebelum meletakkan jawatan.

Zakiah yang pertama kali mengerjakan haji bersama suaminya, Bahari Embong, berkata sejak tiba di sini dia telah banyak membantu jemaah yang tersesat terutama di Masjidilharam.

“Banyak sangat yang telah saya bantu sejak saya tiba di sini 15 September lepas, termasuk warga emas yang tidak pasti nak naik lif,” katanya kepada media Malaysia di sini baru-baru ini.

Penyelaras maktab, Ridzuan Wahi, berkata TH untuk musim haji kali ini, 168 sukarelawan telah menerima tawaran TH termasuk 120 orang bagi Sahabat TH, 36 jemaah untuk Sahabat Ibadat dan 12 doktor untuk Sahabat Medik untuk mengendalikan jemaah haji di semua enam maktab TH.

Beliau berkata, bagi Sahabat Ibadat, jemaah yang terdiri daripada ustaz dan ustazah dan pakar dalam bidang agama ditawarkan untuk membantu dalam bidang berkenaan, sementara Sahabat Medik untuk jemaah yang berlatar belakang kedoktoran.

“Sementara untuk kebajikan, jemaah daripada pelbagai latar belakang akan dipilih berdasarkan pengalaman mereka,” katanya.


Beliau berkata, Sahabat-sahabat TH ini telah dibawa melihat tempat memasak serta ke Arafah, Muzdalifah dan Mina, supaya dapat memahami keadaan persekitaran semasa Masyair nanti, selain diberi penerangan mengenai tanggungjawab mereka.

“Ini adalah juga bagi jemaah haji faham proses yang perlu dilakukan oleh petugas TH,” katanya.

Beliau berkata, semangat sukarelawan ini amat tinggi, mereka begitu komited.

Malah dari pengalaman beliau, bekas-bekas anggota Sahabat TH hingga kini masih berhubung dengan petugas TH dan juga antara mereka.

Selain Zakiah, Ketua Kerani Polis Diraja Malaysia bagi Ibu Pejabat Daerah Polis Johor Baru Selatan Musa Jamil, 58 merasa terkejut apabila ditawarkan sebagai Sahabat TH dan merasa terpanggil untuk membantu.

Beliau yang mengerjakan ibadah haji buat kali pertama bersama isterinya Faridah Ahmad, memang aktif dengan badan bukan kerajaan, termasuk pernah menjadi anggota jawatankuasa Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Setiausaha Masjid Taman Perling.

Bagi Guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) Sek Keb Siong, Baling, Kedah Rabiah Harun, 57 dan konsultan hartanah Halimah Mohd Nor, 48, juga tidak menyangka dapat membantu rakan semaktab dalam bidang ibadah dan kebajikan pada Masyair nanti. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori