Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Tak Berhati Perut!...

TAK berperikemanusiaan!Satu klip video berdurasi enam saat menimbulkan berang dalam kalangan warga siber apabila...

19,000 PATI, 427 Majikan...

KUCHING - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan lebih 19,000 pendatang asing tanpa izin...

Sekeluarga Cemas Kereta Dihempap...

BALIK PULAU - Sebuah keluarga dari Johor yang sedang bercuti di negeri ini,...

DAP Seru Pertubuhan Cina...

KUALA LUMPUR - DAP menyeru pertubuhan-pertubuhan Cina memberi tekanan kepada pemimpin kerajaan berketurunan...

Lebih 18,000 Pesakit Menanti Pemindahan Organ

KUALA LUMPUR – Seramai 18,493 individu yang mengalami kegagalan buah pinggang, hati, jantung dan paru-paru kini menunggu untuk mendapatkan pemindahan organ.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata jumlah besar itu berkait rapat dengan kadar rakyat Malaysia yang berdaftar sebagai penderma organ iaitu kurang satu peratus daripada setiap sejuta penduduk.

“Kadar pendermaan organ di Malaysia hanya sekitar 0.8 penderma bagi setiap juta penduduk dan merupakan antara yang terendah di dunia.

“Walaupun ada peningkatan berbanding tahun-tahun sebelumnya, ia masih tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan pesakit yang sedang menunggu,” katanya ketika berucap merasmikan Kempen Jalanan #DermaOrgan di sini hari ini.

Dr Subramaniam berkata kesemua pesakit itu kini bergantung harap kepada rakyat Malaysia yang prihatin dan bersedia untuk membantu menyelamatkan nyawa mereka melalui pendermaan organ.

Menurut statistik Kementerian Kesihatan, 266,583 rakyat Malaysia telah berikrar setakat 30 Sept untuk menderma organ selepas kematian – 0.9 peratus daripada keseluruhan penduduk negara ini.

Daripada keseluruhan pesakit menunggu pemindahan organ, 18,418 memerlukan buah pinggang, hati (12 orang), paru-paru (enam orang) dan jantung (lima orang). Tiga orang lagi memerlukan jantung dan paru-paru.


Sebanyak 55 pembedahan transplan organ telah dilalukan bagi tempoh Januari hingga 30 Sept 2014.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Dr Subramaniam berkata kesedaran rakyat Malaysia berkaitan pendermaan organ kini semakin meningkat terutama dalam kalangan belia.

Selain itu, beliau berkata kementerian sedang membangunkan sebuah sistem pendaftaran secara online bagi memudahkan rujukan maklumat semua pendaftar organ di seluruh negara.

Sambil menggesa supaya lebih ramai rakyat Malaysia tampil berikrar sebagai penderma organ, Dr Subramaniam berkata perasaan takut dan persepsi salah mengenai pemindahan organ perlu dikikis.

Mengenai kempen hari ini, beliau berkata ia diadakan serentak di seluruh negara melibatkan kira-kira 500 sukarelawan mewakili pelbagai lapisan masyarakat khususnya belia.

Kempen jalanan itu merupakan kaedah baharu yang digunakan kementerian untuk menyampaikan maklumat berkaitan pendermaan organ berbanding hanya melalui majlis tertutup dengan kumpulan sasar yang kecil. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori