Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

‘Goat Yoga’ Popular Dalam...

PELBAGAI cara yang dilakukan oleh manusia untuk mencari ketenangan minda dengan salah satunya...

Gempar Suara Kuat ‘Asmara’...

BINTULU - Bunyi bising dari dalam lubang sebatang kayu balak di kawasan belukar...

Terpaksa Sembelih Kuda, Makan...

GAZA - Pengeboman tanpa henti dan pengepungan ketat Israel ke atas Semenanjung Gaza...

Sikap Pembangkang Senda Keselamatan...

LUMUT – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir membidas sikap...

Lebih 450,000 Calon Duduki Ujian Bertulis PT3 Hari Ini

KUALA LUMPUR – Seramai 453,413 calon menduduki Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang julung kali diadakan di 2,608 pusat peperiksaan seluruh negara, bermula hari ini hingga Khamis.

Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan, ujian bertulis bagi peperiksaan yang menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) itu meliputi 12 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam.

Mata pelajaran selebihnya ialah Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Kadazandusun, Bahasa Iban dan Bahasa Punjabi.

“Pengurusan dan pemeriksaan skrip jawapan calon bagi Ujian Bertulis PT3 adalah di bawah tanggungjawab pengetua sekolah.


“Bagaimanapun, Lembaga Peperiksaan dan Jabatan Pendidikan Negeri akan menjalankan moderasi pemeriksaan bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor calon,” menurut kenyataan itu.

Pelaporan pencapaian murid bagi PT3 diberikan dalam bentuk Gred A, B, C, D, E dan F, jelas kenyataan itu. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori