Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Ahli Kumpulan VE Kritik...

Walaupun ia pahit untuk ditelan, namun sebagai figura awam, setiap selebriti harus menerima...

Isu Lokasi Rampasan 1.1...

BANGKOK - Seorang pegawai Polis Kawalan Sempadan di Sadao, selatan Thailand menjelaskan bahawa...

Isteri PM Israel Disiasat...

TEL AVIV - Polis antirasuah Israel menyoal siasat isteri Perdana Menteri wilayah itu,...

Halang Naik Pangkat, Tukar,...

KUALA LUMPUR - Halangan kenaikan pangkat, pertukaran dan gangguan dalam jadual pekerjaan, antara...

Lebih 5,000 Syarikat Di Sabah Berdaftar GST

KOTA KINABALU – Lebih 5,200 syarikat di Sabah telah mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri untuk pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang berkuatkuasa 1 April 2015.

Pengarahnya, Datuk Dr Janathan Kandok berkata, jumlah itu melepasi Indeks Prestasi Utama (KPI) yang diberikan kepada jabatan itu.

“JKDM juga membimbing sekitar 3,000 pendaftar GST di seluruh negeri ini untuk memahami mengenai cukai berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan kali ke-13 Persatuan Wanita Kastam (PEWAKAS) di Wisma Kastam, di sini hari ini.

Janathan berkata, JKDM Sabah juga sedang membimbing beberapa syarikat  pembuatan dan perkilangan dengan lebih dekat bagi memberi kefahaman tentang GST.


Beliau berkata, sistem cukai itu memudahkan setiap syarikat mendaftarkan perniagaan berbanding sistem yang lama.

Mengenai mesyuarat itu, Janathan mencadangkan PEWAKAS memohon kepada kerajaan negeri untuk membina sebuah bangunan bagi kegunaan persatuan di kawasan berdekatan Wisma Wanita di Likas.

Katanya, dengan memiliki bangunan sendiri ia dapat mengadakan pelbagai aktiviti bagi menambah sumber kewangan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • GST

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori