Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kalimah Allah Terbukti Bukan...

KUALA LUMPUR - Langkah kerajaan Selangor memulangkan semula 351 bible yang mengandungi kalimah...

Persediaan Hadapi Banjir Ditambah...

PUTRAJAYA - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melakukan penambahbaikan dalam persiapan menghadapi banjir tahun...

Abdullah Ahmad Badawi Dilantik...

KUALA LUMPUR - Kabinet hari ini bersetuju dengan pelantikan bekas Perdana Menteri Tun...

Remaja Tendang Kucing Kena...

BUTTERWORTH - Remaja perempuan yang menendang seekor anak kucing dikenakan bon berkelakuan baik...

Lebih Ramai Bakat Muda Bakal Isi Jawatan Penting Sektor Awam

PUTRAJAYA – Sektor perkhidmatan awam di Malaysia bakal melihat lebih ramai golongan muda memegang jawatan penting kerajaan selaras dengan pelan Transformasi Perkhidmatan Awam untuk mendaya upaya bakat.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata JPA menyaksikan perkembangan positif dalam hal itu, apabila 72.7 peratus daripada 1.52 juta penjawat awam kini terdiri daripada Generasi Y.

“Dunia kini telah berubah. Pemimpin-pemimpin dalam perkhidmatan awam contohnya di Singapura, pada usia 40 tahun sudah mampu menjadi ketua setiausaha kementerian. Kita juga sedang menuju ke arah itu, sesuai dengan perkembangan dunia,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, baru-baru ini.

Beliau yang dilantik ke jawatan itu Mac tahun lepas berkata, bagi memenuhi keperluan itu pihaknya telah memperkenalkan program ‘Fast Track’ atau “Kenaikan Pangkat Laluan Pantas” untuk penjawat awam yang cemerlang.

Mohamad Zabidi berkata sebanyak 20 peratus daripada keseluruhan penjawat awam bagi setiap gred akan diletakkan dalam senarai khas untuk dinilai menerusi aspek daya fikir, kepimpinan, ucapan dan tindak.

Katanya peruntukan sebanyak RM1.9 bilion untuk tajaan JPA bagi tujuan melanjutkan pelajaran yang dibentangkan dalam Bajet 2015 baru-baru ini merupakan antara usaha kerajaan untuk membantu pemilihan bakat muda.

“40 graduan cemerlang telah terpilih untuk menyertai ‘Talent Acceleration in Public Service’ atau TAPS di mana mereka ditawarkan ke jawatan strategik dalam perkhidmatan awam,” katanya.

Menurutnya, usaha itu adalah antara pendekatan kerajaan untuk memantapkan perkhidmatan awam menerusi Kerangka Transformasi Perkhidmatan Awam (KTPA) yang diperkenalkan tahun lepas.


Mohamad Zabidi berkata selain mendaya upaya bakat, KTPA juga dilaksanakan menerusi empat teras strategik lain iaitu merekayasa organisasi, merakyatkan penyampaian perkhidmatan, merangkum dan sepunya, serta membudaya nilai.

Katanya kesemua teras itu bertujuan mewujudkan perkhidmatan awam berprestasitinggi, berintegriti, dinamik dan berjiwa rakyat yang mampu mendukung Agenda Transformasi Nasional.

Tambahnya JPA sebagai peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam akan menggunakan platform Persidangan Pertubuhan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM) dari 19 hingga 21 Okt ini untuk menambah baik program sedia ada.

“Di CAPAM nanti, kita juga akan berkongsi kejayaan Malaysia dalam bidang pentadbiran dan perkhidmatan awam seperti inisiatif Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) yang telah dimanfaatkan lebih 10 juta rakyat,” kata Mohd Zabidi.

Katanya persidangan bertema ‘Transformasi Perkhidmatan Awam: Satu Bicara Baharu’ adalah revelan dengan situasi semasa di semua negara Komanwel, khususnya di Malaysia.

Persidangan dwitahunan CAPAM 2014 dengan Malaysia selaku tuan rumah kali kedua selepas 1998, dianjurkan Perkhidmatan Awam Malaysia dengan kerjasama CAPAM dan Sekretariat Komanwel, dijangka menarik lebih 1,000 peserta antarabangsa.

Persidangan akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori