Minatnya pada mulanya bukanlah badminton tetapi bola keranjang
Namun kerap dilarang oleh ibunya kerana lokasi gelanggang bola keranjang yang terbuka terdedah kepada panas membuatkan beliau beralih arah kepada bermain badminton.
Itulah permulaan kisah juara badminton dunia dari Malaysia Datuk Lee Chong Wei yang dilahirkan pada 21 Oktober 1982.
Dalam sukan badminton dunia, Chong Wei pernah berada di kedudukan nombor satu dunia selama 199 minggu berturut-turut dari 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012.
[BACA – GEMPAR!! Bintang Badminton Positif Dadah, Adakah Chong Wei?]
Beliau merupakan pemain Malaysia ketiga selepas Rashid Sidek dan Roslin Hashim yang berjaya mencatatkan prestasi seperti itu sejak sistem ranking mula diperkenalkan sekitar 80-an.
Tetapi, Chong Wei merupakan satu-satunya pemain negara yang berjaya mengekalkan kedudukan nombor satu lebih dari tempoh satu tahun.
Chong Wei merupakan pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2008 Beijing dan 2012 London menjadikan beliau atlet keenam dari Malaysia yang berjaya memenangi pingat di sukan paling berprestij dunia itu.
Pencapaian menakjubkan mengakhiri kemarau pingat Olimpik sejak 1996 itu membolehkan beliau dianugerahkan gelaran Datuk dengan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) oleh Yang diPertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas pada 30 Ogos 2008.
Chong Wei juga digelar oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai wira Malaysia.
Mula bermain badminton seawal 11 tahun, dibawa oleh bapanya ke sebuah dewan badminton sehingga aksinya menarik perhatian seorang jurulatih tempatan.
Jurulatih itu mengambil keputusan menggilap bakat Chong Wei pada masa latihan setiap kali selepas sekolah.
Ketangkasan beliau berjaya dilihat oleh Jurulatih negara Datuk Misbun Sidek dan dibawa masuk sebagai anggota pasukan badminton kebangsaan pada umur 17 tahun.
(‘Doping’ Makin Jadi Kegemaran Atlet Malaysia – KLIK)
Berkenaan insiden hitam dalam hidupnya, pada 3 November 2006, Chong Wei terlibat dalam satu kemalangan kereta dalam perjalanan ke Bukit Jalil selepas makan malam.
Dia dihantar ke Pusat Perubatan Sunway dan dirawat serta menerima enam jahitan akibat kecederaan di kepalanya.
Hasil kejayaannya, Chong Wei menerima RM300,000 pada 21 Ogos 2008 sebagai hadiah kemenangan pingat perak di Sukan Olimipik Beijing serta menerima pencen RM3,000 sebulan seumur hidup sejak Ogos 2008.
Kisah cinta Chong Wei memperlihatkan hubungan istimewanya dengan pemain badminton wanita negara Wong Mew Choo.
Mereka pernah berpisah ketika Kejohanan Dunia 2009 di Hydreabad, India tetapi cinta kembali bertaut seelpas memenangi pingat perak di Sukan Olimpik London.
Akhirnya Chong Wei dan Mew Choo berkahwin pada 9 November 2012 dan sudah pun mempunyai seorang cahaya mata bernama Kingston yang lahir pada Ogos tahun lepas.
Tahun ini, pada Januari Chong Wei tewas pada perlawanan akhir Terbuka Korea kepada pemain China Chen Long, kekalahan keempat berturut-turut kepada pemain China.
Seminggu selepas itu, beliau menang kejohanan Terbuka Malaysia kesepuluhnya.
Chong Wei kemudiannya memenangi Kejohanan All England dan Terbuka India sebelum tewas kepada pemain Indonesia Simon Santoso pada perlawanan akhir Terbuka Singapura.
Pada Ogos, di Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, beliau tewas kepada Chen Long sekali lagi pada perlawanan akhir dalam straigt set.
Di Sukan Asia Incheon, Korea Selatan, Chong Wei tewas kepada Chen Long sekal lagi pada saingan separuh akhir berpasukan sebelum tewas kepada Lin Dan di peringkat separuh akhir perseorangan lelaki. – MYNEWSHUB.CC
Oleh : IBNU KÂÂ