Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Melaka Kekal Destinasi Pelancongan...

MELAKA - Jumlah kemasukan kenderaan ke Melaka yang mencatatkan peningkatan bagi tempoh tiga...

Agong Kurnia Suratcara Pelantikan...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini berkenan mengurniakan...

Staf Mahkamah KL Didakwa...

SHAH ALAM - Seorang kakitangan Mahkamah Kuala Lumpur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di...

Indonesia Pembazir Makanan Kedua...

JAKARTA - Penduduk Indonesia ialah pembazir makanan kedua terbesar di dunia. Kajian yang dilakukan...

Lelaki Bikin Kelakar, Tak Faham Konsep Festival Tattoo

Tanpa usul periksa, seorang pengguna laman mikro Twitter menyalurkan pendapat peribadinya terhadap musibah ribut yang melanda Bandaraya Kuala Lumpur, kelmarin.

Katanya yang menggunakan nama @ruzainihamzah, kejadian taufan yang melanda Kuala Lumpur pada petang Ahad lalu berpunca dari Festival Tattoo yang diadakan di Stadium Merdeka.

Alahai, kelakar sungguh dengan kenyataan tersebut kerana pemahaman lelaki itu jelasnya tersasar dari apa yang sebenarnya berlaku pada Festival Tattoo tersebut.

Untuk informasi, Festival Tattoo diadakan bagi mempamerkan kemahiran pasukan tentera dalam formasi yang menarik, diserikan dengan muzik ‘live’ dari pancaragam dan warna-warni kreativiti yang ditampilkan.

r1409575880


Definisi tersebut memang tak sama langsung dengan apa yang difahamikan si empunya akaun Twitter tadi kerana dia menyampaikan bulat-bulat maksud frasa ‘tattoo’ sebagai tatu ataupun lukisan yang dicacah di kulit.

Lain kali, fahami betul-betul isu sebelum mahu menyampai buah fikiran… MYNEWSHUB

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori