KOTA BHARU – Seorang lelaki berusia 52 tahun cedera di perut dan bahagian belakang dalam kejadian tembak di Berek 12 di sini malam tadi.
Kejadian kira-kira jam 9 malam itu berlaku ketika mangsa sedang menunggang motosikal yang dipercayai baru pulang dari kedai kopi berhampiran kediamannya.
Mangsa ditembak dua lelaki menaiki motosikal dan dipercayai melepaskan dua das tembakan.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng mengesahkan kejadian.
Yong Heng berkata setakat ini kes terbabit masih disiasat untuk tindakan susulan. – Sinar harian Online