Keji. Ungkapan tersebut patut diberi kepada lelaki ini kerana sanggup mempergunakan haiwan peliharaannya bagi memuaskan nafsu serakah.
Jonnie Boggess ditahan selepas kumpulan pejuang hak haiwan melaporkan kepada pihak berkuasa tentang aktiviti seks luar tabiinya dengan Piglet, seekor anjing dari spesies Beagle.
Menurut pihak berkuasa, lelaki berusia 47 tahun itu walau bagaimanapun mempertahankan tindakan tersebut dengan asalan, Piglet mencecah berat lebih dari 40 lbs dan sudah dimandulkan. Entah apa relevan alasannya itu!
Selain itu, Boggess menambah, dia dan ‘pasangannya’ itu hanya melakukan hubungan seks ringan! Macam mana tu?
Menurut laporan Charleston Daily Mail, selepas Boggess selesai melakukan aktiviti senggama dengan Piglet, dia mengambil anjing malang itu dan memanjakannya, memegangnya dan mengucapkan ‘saya cinta awak‘.
Namun demikian, lelaki itu membuat pengakuan yang dia berharap tidak melakukan tindakan tersebut kepada Piglet dan mengakui yang dia sebenarnya mabuk.
Tetapi kenyataan itu ditolak oleh salah seorang jirannya dengan berkata, dia pernah melakukan perkara tersebut terhadap haiwan lain dan ia tidak mengejutkan.
Walau apapun alasan Boggess, tindakannya boleh dianggap gila dan kurang siuman! – MYNEWSHUB
Oleh : IZZAT MOHD ANUAR