KOTA BHARU – Seorang lelaki ditemui mati lemas dipercayai akibat terjatuh ke dalam Sungai Kelantan ketika memancing di Kampung Gajah Mati di sini hari ini.
Mayat Mohd. Sanusi Mohamad, 46, ditemui di tebing sungai dalam keadaan terapung kira-kira pukul 9 pagi.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md. Isa berkata, mangsa dipercayai mati lemas, tetapi punca sebenar kematian mangsa masih disiasat.
Isteri mangsa, Faridah Momad, 47, memberitahu kali terakhir dia melihat suaminya itu pada Khamis lalu.
“Dia keluar rumah lepas maghrib. Memang dia akan keluar memancing setiap malam, itu aktiviti hariannya,” katanya. – BERNAMA