Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Isu Palestin: Jews News...

KUALA LUMPUR-Sebuah akaun Facebook berita Yahudi, Jews News, telah menjadi batu api apabila...

Berita Palsu Jejas Perpaduan...

JASIN - Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dengan berita palsu terutamanya yang...

Penghinaan Terhadap Islam Berterusan...

PUTRAJAYA - Tindakan menghina agama Islam seperti penganjuran minum arak secara terbuka, Oktoberfest,...

Polis Buru Lelaki Larikan...

SHAH ALAM - Polis sedang memburu seorang lelaki yang melarikan diri dengan sebuah...

Lelaki Dituduh Simpan Pistol Di Kuantan

KUANTAN – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini semalam terhadap pertuduhan memiliki sepucuk pistol bersama peluru tanpa lesen.

Mazakri Mamat, 32, didakwa memiliki pistol jenis Magnum.22 USA sebutir peluru hidup dan sebutir kerongsong peluru yang di simpan di dalam biliknya di sebuah rumah di di Lorong Balok Makmur 13, Taman Balok Makmur di sini.

Bagi kesalahan memiliki pistol, dia didakwa mengikut Seksyen 8 akta senjata api (penalti lebih berat) 1971 yang boleh dihukum sehingga 14 tahun dan boleh disebat tidak kurang daripada enam kali, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan memiliki peluru, Mazakri didakwa bawah seksyen 8(a) Akta Senjata 1960, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Melalui kertas pertuduhan, Mazakri melakukan kesalahan itu kira-kira jam 8.30 malam dengan menyimpan satu kotak hitam yang mengandungi pistol dan peluru di dalam almari baju dalam bilik tidur. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori