Laporan polis yang dibuat sekarang ini bukan sahaja melibatkan kejadian jenayah, kehilangan dokumen mahu pun isu politik tetapi kini ada laporan polis yang dibuat kerana jodoh masih belum kunjung tiba.
Itulah yang berlaku di Klang apabila seorang lelaki yang bertugas sebagai pengawal keselamatan membuat laporan di Balai Polis Klang berkenaan hal ini.
Salinan laporan polis itu telah pun tersebar di laman sosial Facebook.
(BACA -Pelakon Lucah Maria Ozawa Sedang Mencari Calon Suami!)Si pengadu, membuat laporan polis bahawa sehingga kini dia belum berkahwin.
“Saya nama dan alamat seperti di atas membuat laporan bahawa sampai sekarang saya tidak berkahwin.
“Datang ke balai polis buat laporan untuk memohon pertolongan pihak polis mencari jodoh untuk saya dan rujukan pihak yang berkenaan. Sekian laporan saya,” menurut pengadu.
Bagaimanapun, sudah namanya anggota polis laporan berkenaan harus diambil tidak kira kenapa dan apa laporannya.
Ada sesiapa yang sudi nak berkahwin dengan lelaki ini? Silap-silap majlis pun buat di balai. – MYNEWSHUB
Oleh : IBNU K