Ingin dilihat lebih menonjol berbanding rakan-rakannya seorang lelaki dari Jerman nekad membuat pengubahsuaian pada wajahnya dengan menebuk lubang di pipinya hingga menampakkan gigi dan lidahnya.
Joel Miggler, 23 berani melakukan uji kaji pada wajahnya meskipun ianya kelihatan mengerikan.
Dia yang seronok mempunyai lubang sebesar 36milimeter itu akui berharap dapat membesarkan lubang itu kepada 40milimeter.
Hish..aneh betul lelaki ini!
Menurut Joel, dia melakukan pengubahsuaian itu semenjak berumur 13 tahun dan tidak menganggu ketika dia makan dan minum.
Malah katanya, ketika dia keluar rumah dan bertemu orang ramai di jalanan pastinya mereka memandang dan merenungnya dengan pandangan aneh dan jelik.
Orang ramai yang mengetahui kewujudan lelaki berlubang di pipi ini turut mengecam beliau dengan komen-komen negatif dan menganggap beliau adalah orang yang pelik .
Kalau wajah Joel penuh dengan lubang, badannya pula dihiasi dengan tatu dan bertindik.
Apalah yang Joel ini fikir ye? Muka dah elok-elok ubah-ubah pula.
Mungkin bagi dia seni kot. Anda rasa berseni ke dia ?-MYNEWSHUB.CC
Oleh: Farah R