Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Mekanisme Tingkat Keselamatan Pengguna...

PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu meneliti untuk mewujudkan mekanisme yang berkesan...

Kerajaan Disaran Jihad Tangani...

KUALA LUMPUR - Seorang Anggota Parlimen hari ini menyarankan kerajaan supaya melaksanakan jihad...

Perogol Bersiri Potong Organ...

SEORANG lelaki, yang ditangkap di Rusia beberapa hari lalu telah mengaku membunuh sekurang-kurangnya...

Kerajaan Syria Tolak Gencatan...

BEIRUT - Kerajaan Syria menolak cadangan terbaru wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi...

Lelaki Lemas Akibat Tergelincir Memancing Di Sungai Muar

JOHOR BAHARU – Seorang lelaki berusia 50-an dijumpai mati lemas dipercayai tergelincir sewaktu memancing di Sungai Muar, berhampiran jeti Kampung Melayu, Kundang Ulu, Ledang, pagi ini.

Sodiman Ahmad yang berasal dari Kampung Parit Sawah, dipercayai menaiki sampan untuk memancing dan dilaporkan hilang oleh penduduk setempat malam tadi setelah sampan yang dinaikinya ditemui kosong.

Ketua Balai Bomba Bukit Gambir Hamid Awaludin berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 9.22 malam.

Ketika dihubungi Bernama di sini, beliau berkata dengan kekuatan 13 anggota termasuk tiga dari Balai Bomba Segamat, operasi mencari dan menyelamat bermula malam tadi sehingga dihentikan pada pukul 3 pagi, akibat angin kencang dan hujan lebat.


Operasi diteruskan pada pukul 7.26 pagi, katanya.

“Mayat mangsa dijumpai pada pukul 8.35 pagi kira-kira dua kilometer daripada sampan itu menghala ke Bukit Kepong dan diserahkan kepada polis daerah Ledang untuk tindakan,” kata Hamid, yang juga Komander Operasi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori