Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Orang Ramai Dijemput Hadir...

ORANG ramai khususnya umat Islam di seluruh Temerloh, Pahang dipelawa untuk hadir bagi...

Dua Individu Buat Kacau...

BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki dan wanita warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan...

Pusat Analitik Data Raya...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan menubuhkan Pusat Analitik Data Raya Negara bagi memastikan setiap...

Pembantu Pendaftar Mahkamah Syariah...

KUANTAN - Seorang pembantu pendaftar Mahkamah Syariah Pekan mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

Lelaki Maut Dirempuh & Diseret Keretapi Di Kuala Lipis

KUANTAN – Seorang lelaki maut selepas dirempuh dan diseret keretapi sejauh 250 meter di Kuala Lanar dekat Kuala Lipis awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Abdul Razak Hassan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1.23 pagi ketika keretapi berkenaan dalam perjalanan dari Tumpat, Kelantan menuju ke Kuala Lumpur.

“Polis yang menerima maklumat kejadian itu daripada kakitangan Keretapi Tanah Melayu sejurus selepas kemalangan tersebut kemudian bergegas ke lokasi kejadian,” katanya.

Mayat lelaki itu kemudian ditemui dalam keadaan menyayat hati dan mukanya tidak dapat dikenal pasti, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Beliau berkata, mayat tanpa sebarang indentiti pengenalan diri itu kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat mangsa.

“Pemandu dan semua penumpang keretapi Senandung Wau TN yang tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan itu kemudiannya telah meneruskan perjalanan setengah jam kemudian,” katanya.

Abdul Razak meminta orang ramai yang melihat kejadian itu supaya menghubungi polis bagi membantu siasatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori