Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Hukum Penggunaan Vaksin COVID-19...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam menetapkan...

Burung Merak Dibungkus Untuk...

BEIJING - Sekumpulan penternak burung merak dirakam menggunakan beg plastik untuk membungkus burung...

Ronaldo Ganas Ledak Empat...

BARCELONA - Cristiano Ronaldo menyambung rentak garang dengan empat gol termasuk dua sepakan...

UPSR, PT3 Tahun Ini...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan bahawa Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)...

Lelaki Maut Terhidu Asap Kebakaran Sistem Audio Kereta

GEORGETOWN – Seorang lelaki maut dipercayai akibat terhidu asap berlebihan selepas sistem audio kereta yang dipandu rakannya terbakar di Lebuh Chulia di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian 12.42 tengah malam itu, Abdul Rahim Md Nor, 63, pengsan dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) pada jam 3 pagi tadi.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai, Mohd Suhaimi Abdullah, berkata kebakaran kecil dipercayai berpunca daripada sistem audio dalam kereta Jaguar itu yang pada mulanya mengeluarkan percikan api.

“Ketika kami sampai, pemandu kereta berusia 50-an itu sedang cuba mengeluarkan rakannya yang telah pengsan di tempat duduk penumpang…kebakaran itu tidak begitu serius,” katanya ketika dihubungi.


Seorang anggota keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, Abdul Rahim yang menghidap sakit jantung keluar daripada rumah mereka di Bukit Jambul, di sini kira-kira jam 11 malam untuk bertemu rakannya.

“Doktor kata arwah mengalami serangan jantung selepas kejadian, dia juga dikatakan sesak nafas sehingga terpaksa diberi bantuan pernafasan selepas dikeluarkan daripada kereta,” kata wanita itu ketika ditemui di Jabatan Forensik HPP di sini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori