Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Myvi Terperosok Dalam Lubang...

KUALA LUMPUR - Seorang wanita mengalami detik cemas apabila kereta dipandunya terperosok di...

Pilih Kerajaan Sabah Sehaluan...

KUALA PENYU -Ā Tan Sri Muhyiddin YassinĀ berkataĀ pengundiĀ perlu memilihĀ KerajaanĀ Negeri Sabah yang sehaluan dengan Kerajaan PersekutuanĀ bagi...

Anuar Zain Lancar Album...

SETELAH hampir lima tahun tidak muncul dengan album baharu, hari ini penyanyi popular...

Jenazah Bekas Pemain Bola...

KUALA TERENGGANU - Jenazah bekas pemain bola sepak Terengganu musim 2001, Alfian Aziz,...

Lelaki Maut Disambar Petir Ketika Joging Di Tasik Titiwangsa

Seorang lelaki meninggal dunia petang tadi selepas dipanah petir di Taman Tasik Titiwangsa ketika sedang berjoging.

Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Deputi Supritendan Asmadi Abdul Aziz berkata, lelaki berusia 52 tahun itu yang tinggal di Jalan Semarak dikatakan biasa beriadah di taman berkenaan setiap hari.

Mangsa dikatakan tetap berjoging biarpun hujan turun di kawasan itu petang tadi.

“Pada pukul 6.30 petang, sebatang pokok kelapa disambar petir termasuk mangsa, dia mati di tempat kejadian,” kata Asmadi, memetik laporan laman web The Star Online.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani proses bedah siasat.


Malaysia merekodkan bilangan kes kedua tertinggi di dunia berkenaan ribut petir, menurut Institut Keselamatan Petir Kebangsaan Amerika Syarikat (NSLI) dalam laporan pada 2010.

Pengerusi NSLI Richard Kithil Jr berkata Malaysia mencatatkan rekod hampir sekali ganda jumlah kes petir di Amerika Syarikat iaitu di Florida.

Di sana, purata petir berlaku direkodkan kira-kira 90 kes sehari. – MYNEWSHUB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori