Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Muhyiddin Terus Kekal Dengan...

APABILA nama beliau disingkirkan daripada barisan kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk...

Grab Turut Meriahkan Perarakan...

PETALING JAYA : Grab Malaysia (Grab) melalui pemandu dan penghantar mereka bersama-sama menyertai...

Video: Jijik! Kencing Tadah...

PENGOTOR, itu yang boleh dikatakan terhadap video yang dirakam pengunjung Pasar Kedai Lalat,...

2 Beradik Sempat Diselamatkan...

Pasir Gudang : Dua beradik yang pengsan ketika rumah dihuni di Jalan Tembikai...

Lelaki Serang Polis Dengan Kapak Ditembak Mati Di New York

NEW YORK – Polis menembak mati seorang lelaki bersenjatakan kapak selepas menyerang sekumpulan anggota polis dan mencederakan dua daripada mereka di sebuah pusat komersial, di sini.

Seorang orang awam yang berada di tempat kejadian turut tercedera dalam kejadian tembakan itu.

Pada sidang media di hospital di mana salah seorang anggota polis dirawat akibat kecederaan teruk di kepala, Pesuruhjaya Polis New York, William Bratton berkata, pihak penyiasat sedang mengesahkan identiti penyerang dan motifnya.

Bratton bagaimanapun tidak menolak kejadian serangan itu ada kaitan dengan keganasan.

Beliau memberi contoh mengenai kejadian tembakan di Kanada awal minggu ini di mana ia dianggap sebagai tindakan keganasan dan menjadi penyebab kenapa ia harus dibimbangkan.

“Buat masa ini adalah terlalu awal untuk menyatakan sama ada ya atau tidak kepada persoalan itu,” kata Bratton.


Kejadian berlaku di pusat komersial yng sibuk di Daerah Queens pada kira-kira jam 2 petang, ketika empat anggota ronda Jabatan Polis New York sedang merakam gambar.

Menurut polis, tanpa berkata apa-apa, lelaki terbabit menyerang anggota polis berkenaan dan menghayunkan kapaknya sehingga terkena tangan seorang anggota dan seorang lagi di kepala.

Selepas anggota polis kedua rebah, dua lagi anggota yang tidak cedera melepaskan beberapa tembakan mengakibatkan penyerang maut.

Anggota polis berkenaan berada dalam keadaan kritikal tapi stabil dan dijangka menjalani pembedahan.

Wanita yang terkena peluru sesat dimasukkan ke hospital untuk rawatan. – AP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori