Seorang lelaki Singapura berusia 69 tahun memfailkan penceraian selepas mendakwa kehendak seksualnya tidak lagi dilayan isterinya selepas setahun mereka berkahwin.
Lelaki dikenali sebagai Huang mendakwa, pada masa sama isterinya yang berusia lingkungan 40an tidak membayar sewa bilik kepadanya sedangkan dia tinggal bersama anak perempuannya di bilik berasingan.
Difahamkan, isterinya pernah menyewa bilik di rumah Huang selama dua tahun sebelum mereka berkahwin.
Dalam alasan permohonan cerainya Huang turut menyatakan bahawa dia tidak boleh terima apabila isterinya tetap tinggal bersama anak perempuan di bilik berasingan walau pun tidur bersamanya.
Isteri Huang bagaimana pun berkeras, dia tidak mahu bercerai kerana berasakan suaminya itu seorang yang pemurah kerana telah menjaganya dan anak perempuan dengan baik selama ini.
Wanita tersebut mendakwa dia turut menjaga kebajikan Huang dan mempertikaikan tuntutan membayar sewa bilik sedangkan rumah itu milik suaminya. – mynewshub.cc
REM RAMZI/MYNEWSHUB
Sumber