Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Cool! Papan Kekunci Moky,...

BAGI kebanyakkan pengguna Tablet, penggunaan papan kekunci bluetooh pada peranti dilihat amat efisyen...

609,539 Individu Terima Suntikan...

KUALA LUMPUR - Seramai 609,539 individu melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi Program...

93 Kematian COVID-19 Dilaporkan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sejumlah 93 kematian baharu akibat jangkitan...

Fiza Elite Dibuli Pemandu...

PEMBULI jalan raya memang ramai di kalangan kita, ada yang sengaja menjadi pembuli...

Lelaki Terkuat Miliki 19 Rekod Dunia

COBOURGE – Seorang lelaki yang juga paderi di sebuah gereja di Kanada telah diiktiraf sebagai individu terkuat di dunia apabila berjaya memecahkan 19 rekod dunia dalam acara menarik objek berat, lapor MailOnline semalam.

Lelaki itu, Kevin Fast, 51, sehingga kini masih memegang sembilan rekod dunia yang masih belum dicabar mana-mana individu lain seperti menarik kapal terbang seberat 188.83 tan.

Fast turut memegang rekod menarik sebuah jentera bomba sejauh 30 meter selain pernah mencipta rekod menarik sebuah rumah seberat 40 tan.

Lelaki yang tinggal di Cobourge, Kanada itu pernah bersaing secara profesional dalam banyak acara di Amerika Utara dan masih mengekalkan sembilan rekod dunia tanpa dapat dicabar oleh mana-mana pesaing.


“Kebanyakan masyarakat sukar untuk mempercayai saya mampu melakukan semua perkara ini dan beranggapan saya hanya seorang paderi biasa,” kata Fast yang telah bertugas sebagai paderi selama 22 tahun.

Tahun lalu, Kevin telah mencipta empat rekod dunia masing-masing dalam acara menarik trak dengan lengan seberat 12.5 tan, menimbang 11 orang di atas bahu, melontar 14 batang kayu balak dalam masa tiga minit dan menarik kereta luncur salji seberat 17.5 tan. – AGENSI

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori