Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Video: Saat-Saat Cemas Gempa...

SATU video yang memaparkan aksi cemas di kawasan perkhemahan gunung tertinggi di dunia,...

Penangan Bertekak Di FB...

TUAH ayam nampak dikaki, tuah manusia siapalah yang tahu.Pepatah ini sesuai sangatlah mengambarkan...

Isteri Dipukul ‘Setengah Mati’...

Kejam dan tidak berperikemanusiaan! Itu yang mampu diungkapkan buat seorang warga emas yang...

Tauke Ayam Korea Beli...

SEOUL – Seorang usahawan terkemuka industri ternakan ayam Korea Selatan, Kim Hong-kuk sanggup...

Liga Juara: Benzema Selamatkan Real Madrid

SOFIA – Karim Benzema keluar daripada bangku simpanan untuk membantu kebangkitan penyandang Liga Juara-Juara Eropah, Real Madrid membawa pulang tiga mata penuh dari Bulgaria hasil kemenangan 2-1 ke Ludogorets Razgrad, awal pagi tadi.

Ludogorets, kelab paling kurang dikenali dalam kempen elit itu musim ini dan hanya ditubuhkan 13 tahun lalu berjaya mengejutkan juara Eropah 10 kali itu apabila meledak gol pembukaan pada minit keenam perlawanan.

Kebimbangan Real bermula apabila penyerang utama Real, Cristiano Ronaldo gagal menyempurnakan penalti dan satu golnya dibatalkan sebelum menyamakan kedudukan juga menerusi penalti pada minit ke-25.

Dan ketika rentetan cubaan Real gagal menerjah jaring, penyerang Perancis, Karim Benzema yang masuk pada minit ke-67 menggantikan Javier Hernandez memastikan kemenangan pelawat ketika perlawanan berbaki 13 minit.

“Bagi kami, ia keputusan yang baik,” kata pengurus Real, Carlo Ancelotti. “Kami memulakan perlawanan dengan ketinggalan 1-0 dan kemudian memberi tekanan kepada Ludogorets dan berjaya menyamakan kedudukan 1-1 dan seterusnya mendahului.

“Kami boleh menambah jaringan namun secara keseluruhan saya berpuas hati. Saya lega kami menang,” katanya.

Jurulatih Ludogorets, Georgi Dermendzhiev berkata: “Ia perlawanan yang baik namun keputusan mampu menjadi lebih baik buat kami.


“Ludogorets bermain dengan baik menentang pasukan terbaik di dunia. Saya gembira, kami hampir mendapatkan satu mata.”

Stadium yang hampir penuh di Sofia meledak kegirangan selepas penyerang, Marcelinho menanduk masuk gol pembukaan Ludogorets dan tambah bingit selepas Ronaldo gagal menyempurnakannya penalti.

Ronaldo berjaya menjaringkan 14 minit kemudian namun dibatalkan sebelum menebus hampa menerusi sepakan penalti kedua selepas dia dijatuhkan Alexander Alexandrov.

Dan Benzema menamatkan perjuangan Ludogerets selepas meledak gol kemenangan pada minit ke-77.

Ludogorets terpaksa bermain Stadium Vassil Levski di ibu negara Bulgaria, Sofia selepas stadium mereka hanya mampu menampung 6,500 penonton. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori