Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Kes Harian COVID-19 Kembali...

PUTRAJAYA - Jumlah kes harian COVID-19 kembali melebihi 6,000 kes apabila sebanyak 6,437...

Pemilihan PKR Cabang Tanah...

TANAH MERAH - Proses pemilihan PKR cabang ini agak kecoh apabila para pengundi...

DSV Turut Sedih, 2...

MUNGKIN ada masih mengingati peristiwa hitam yang telah menimpa keluarga usahawan kosmetik terkenal,...

Muhyiddin Kuarantin 14 Hari...

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari,...

Lihat Apa Yang Lelaki Ini Sanggup Buat Untuk Hidup Selamanya

Tim Cannon menggelarkan dirinya seorang ‘biohacker’ dengan memasukkan cip eletronik ke dalam lengannya sendiri dengan alasan untuk hidup selamanya.

Paling menakutkan dan agak mengerikan, beliau memasukkan cip eletronik tersebut di bawah kulit lengannya yang lebih kurang sebesar kotak rokok tanpa bantuan mana-mana doktor mahupun penggunaan bius, sebaliknya menggunakan ais bagi mengurangkan kesakitan yang dialami.

Tim Cannon yang merupakan seorang pembangun aplikasi yang berasal dari Pittsburg, Amerika Syarikat.

Menerusi laman webnya, GrindhouseWetware.com beliau menyatakan bahawa manusia tidak lagi perlu ke hospital untuk memeriksa tahap kesihatan mereka tatapi memantau sendiri tubuh badan mereka.

Cip yang ditanam membolehkan ia memantau suhu dan tahap tekanan darah yang mana akan memberikan notifikasi lampu hijau di bawah kulit jika mula mengalami sakit seperti demam. Cip ini juga berkomukasi dengan tablet android melalui sambungan Bluetooth.

Selepas peranti tersebut berjaya ditanam pada lengannya, Cannon mula menyatakan impian semasa kecilnya.

“Semenjak saya kecil, saya telah menceritakan kepada semua orang yang saya akan menjadi robot, Sekarang, semua itu tidak mustahil lagi”


“Saya tidak mahu mati dan saya tak faham mengapa ada manusia mahu mati,” katanya.

Prosedur memasukkan peranti itu dibantu oleh seorang pakar implan serta pakar tatu, Steve Haworth.

“Saya rasa persekitaran kita perlu lebih peka terhadap tubuh badan kita. Contohnya, apabila kita pulang ke rumah dalam keadaan tertekan, peranti tersebut akan berkomunikasi dengan sistem rumah kita untuk menyediakan kediaman dengan suasana yang tenang, menyuramkan lampu, memanaskan air di dalam tab mandi”. Tambahnya lagi.

Sememangnya eksperimentasi penggunaan sains dan teknologi keatas tubuhnya jelas mahu melawan hukum alam iaitu mengelak kematian, tetapi bagi kita sebagai umat Islam, setiap yang bernyawa itu pasti akan mati.

Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori