Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Video: Yuna, Harith, Zizan,...

SATU babak video unik yang berdurasi lapan saat memaparkan kelibat nama-nama besar dalam industri...

“Hari Pertama Bekerja… Sekali...

TUN Dr. Mahathir Mohamad berkongsi tweet pertama beliau sebagai Perdana Menteri yang menunjukkan...

Tun M Tulis Surat...

PUTRAJAYA : Tun Dr. Mahathir Mohamad menyeru kepada semua pengundi Johor untuk membuat...

Video: Penjaga Gol Lepaskan...

TAK salah rasanya jika Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mewujudkan satu anugerah khas...

Lim Guan Eng Dakwa Isma NGO Ekstremis

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa Ikatan Islam Malaysia (Isma) sebuah badan bukan kerajaan (NGO) ekstremis di negara ini yang menghasut rakyat dengan nilai kebencian dan keganasan atas nama Islam.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu mendakwa, kenyataan yang dibuat oleh Presiden Isma, Abdullah Zaik bahawa politik Islam adalah melawan kafir membuktikan agenda beliau membenci bukan Islam di negara ini.

“Kalau tindakan tidak diambil, Malaysia mungkin porak-peranda dan huru-hara kalau dibenarkan Isma teruskan usaha mereka melawan kafir di atas nama politik Islam.

“Apakah jenis manusia atau organisasi Isma ini yang bersedia untuk menggunakan fitnah jahat sedangkan dalam Islam, fitnah adalah satu dosa besar yang lebih berat daripada membunuh orang,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Guan Eng berkata, DAP percaya majoriti rakyat Malaysia mahu hidup dangan aman dan damai serta tidak berminat dalam usaha lawan-melawan di antara Islam dan bukan Islam menerusi sentimen melawan kafir.


Sehubungan itu, katanya, DAP mengalu-alukan kenyataan Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Dr. Mohd. Parid Sheikh Ahmad yang menyeru masyarakat Malaysia supaya menghentikan gelaran ‘pendatang’ dan ‘penceroboh’ kepada bukan Islam.

“Adalah betul orang ramai patut memberi fokus kepada usaha mencetuskan suasana saling hormat-menghormati dan memupuk persefahaman antara kaum dan agama di negara ini,” katanya. – mynewshub.cc

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori