Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Ratusan Tentera ‘Tawan’ Seberang...

PASIR SALAK - Penduduk Felcra Changkat Lada, Seberang Perak di sini 'gempar' seketika...

Najib Ucap Takziah Kepada...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah...

Elak Guna Padang Sintetik...

PENGGUNAAN rumput jenis 'Cow Grass' di Stadium Nasional Bukit Jalil adalah percubaan terakhir...

Yayasan Pendidikan Indus Terima...

KUALA LUMPUR - Kerajaan menyediakan geran permulaan RM5 juta kepada Yayasan Pendidikan Indus...

Tak Sedar Lintah Dah Sebulan ‘Bersarang’ Dalam Hidung

Glasgow – Bayangkan selama sebulan seekor lintah `bersarang’ dalam hidung seorang gadis, Daniela Liverani, namun dia langsung tidak menyedarinya.

Malah dia menyangka darah yang mengalir dari hidungnya itu adalah kesan daripada jatuh motosikal ketika mengembara ke Asia Tenggara.

Dia juga mengesan satu objek dalam hidungnya tetapi Liverani tidak mengendahkannya sebaliknya menganggap ia hanya darah beku.

“Dua minggu sebelum saya balik ke rumah saya dari Asia Tenggara, saya mula mengalami pendarahan di hidung dan menyangka ia disebabkan kerana jatuh motosikal.

“Saya kemudiannya mendapati ada benda melekat di dalam hidung saya dan pertama kali melihatnya saya menyangka ia adalah darah beku,’’ katanya.

Namun dia menyedari ada binatang dalam hidungnya apabila ketika mandi, Liverani dapat melihat ada benda yang melekat terjojol keluar hingga ke hujung hidungnya.

Selepas melihat di cermin barulah dia mendapati ada parasit dalam hidungnya.


Liverani kemudiannya dikejarkan ke hospital dan doktor mendapati ada lintah yang melekat di dalam hidungnya.

“Ketika doktor cuba menarik lintah itu dengan menggunakan penyepit, saya dapat merasakan lintah itu melekat dalam hidung saya.

“Setengah jam kemudian kesakitan di hidung saya berhenti dan doktor berjaya menarik lintah itu.

“Lintah itu berukuran sepanjang jari telunjuk saya dan sebesar ibu jari tangan saya,’’ katanya.

Lintah itu dipercayai melekat di hidung Liverani ketika dia berenang di Vietnam dan boleh masuk ke dalam mulutnya jika dia terminum air di sungai berkenaan.

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori