Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Gegaran Berskala Richter 6.2...

Penduduk di sekitar bandar Tawau awal pagi ini terkejut dengan satu gempa bumi...

Kos Cari Dan Selamat...

KUALA LUMPUR - Kerajaan memperuntukkan RM33,461,861.50 bagi menampung kos operasi mencari dan menyelamat...

Laman Satira Ejek Kesilapan...

PETALING JAYA - Laman satira, Tapir Times mengejek bekas ketua polis negara, Musa...

Permaisuri Agong Kurnia Sumbangan...

KUANTAN - Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengurniakan sumbangan...

Liow Ulangi Pendirian Pertahan Pendidikan Di Sekolah Cina

KUALA LUMPUR – Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dijangka menegaskan semula pendirian parti dalam menegakkan pendidikan kaum Cina terutamanya di sekolah rendah jenis Cina ketika menyampaikan ucapan presiden pada Perhimpunan Agung MCA ke-61 di sini, Ahad.

Beliau juga dijangka menekankan kepentingan kesederhanaan dalam masyarakat berbilang kaum dan merujuk kepada pendirian konsisten Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai isu itu.

Penegasan itu ditetapkan apabila Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong yang berucap pada perasmian Perhimpinan Agung Pemuda pada Sabtu yang mengecam individu yang mendakwa pendidikan Cina adalah penghalang kepada perpaduan kaum dan menggesa pemansuhan sekolah rendah jenis Cina.

Menyifatkan kritikan itu sebagai ‘halangan sebenar kepada pembangunan negara’ beliau berkata, kerajaan mengiktiraf sekolah-sekolah tersebut sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan negara dengan memperuntukkan dana kepada mereka di bawah Bajet 2015.

Pengerusi Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie dalam perhimpunan agung sayap parti itu pada Sabtu berkata, desakan untuk menutup sekolah jenis Cina di negara ini adalah kata-kata berunsur hasutan kerana Perlembagaan Persekutuan menggalakkan pendidikan bahasa ibunda untuk pelbagai kaum.


Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon juga menegaskan bahawa tiada siapa yang harus mencabar hak orang Cina dan India untuk mempelajari bahasa ibunda melalui sekolah vernakular.

Katanya, seramai 12 peratus murid-murid di sekolah rendah Cina terdiri daripada kaum lain.

Liow juga dijangka mengumumkan projek khas yang akan meletakkan Universiti Tunku Abdul Rahman, kebanggaan MCA, ke tahap tertinggi. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori